EPL: Liverpool Menang Lagi, Mo Salah Atasi Rekod Suarez & Torres

Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka dalam EPL musim ini. Mengekalkan jurang yang jauh dengan Leicester dan Manchester City.

Liverpool meraikan Jurgen Klopp yang setuju untuk kekal di Anfield untuk 5 tahun lagi sehingga 2024.

Liverpool dominan dari awal perlawanan namun mereka sukar untuk memecahkan pertahanan Watford yang bermain sistem blok rendah.

Liverpool menang 2-0 dalam aksi yang menyaksikan 2 kali VAR masuk campur dalam penilaian gol Liverpool. Salah satu daripadanya iaitu gol Sadio Mane dibatalkan VAR.

Salah menjaringkan kedua-dua gol Liverpool – dan kedua-duanya menerusi kaki kanan. Ya, 3 gol terakhir Salah untuk Liverpool adalah dengan kaki kanan.

Watford mendapat beberapa peluang keemasan. Namun teknik percubaan ke arah gol mereka sangat teruk. Alisson turut cemerlang menafikan 2 percubaan 1 lawan 1.

Liverpool sebenarnya sudah pun sah menjadi juara Natal. Namun mereka ada rekod tak diingini sebelum ini. Dapatkah mereka mengatasi badi itu tahun ini?

Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah mereka pada musim ini selepas 16 perlawanan.

Mohamed Salah nampaknya sudah memahat status legendanya di Anfield dengan rekod gol yang luar biasa untuk Liverpool.

https://twitter.com/Shafaqut94/status/1205858737845604353

Liverpool juga menang 25 daripada 26 perlawanan liga terakhir mereka setakat ini. Ini bermakna mereka mengutip 76 daripada 78 mata.

Liverpool berjaya menghadapi jadual Disember yang padat dengan cemerlang setakat ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN