EPL: Jaringan Tunggal Aubameyang Pastikan Arsenal Lepasi Cabaran Newcastle

Pierre-Emerick Aubameyang menghukum kesilapan pertahanan Newcastle dengan gol tunggal kemenangan Arsenal.

Arsenal meletakkan beberapa nama besar termasuk pemain £72 juta, Nicolas Pepe di bangku simpanan.

Pada separuh masa pertama Arsenal bergelut untuk mencipta peluang gol. Newcastle menamatkan separuh masa pertama dengan lebih banyak ciptaan peluang.

Arsenal juga memiliki peluang menerusi Henrik Mkhitaryan dan juga Aubameyang. Newcastle berjaya bertahan dengan baik sepanjang separuh masa pertama. Dan sekali sekala cuba melakukan serangan balas.

Namun segalanya berubah apabila Aubameyang yang tak dikawal menyempurnakan hantaran oleh Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-58. Unai Emery jelas lega dengan gol itu.

Unai Emery kemudian memasukkan Nicolas Pepe dan Dani Ceballos. Namun kedua-duanya gagal memberikan impak yang signifikan dalam aksi ini.

Steve Bruce cuba menyelamatkan debut beliau daripada kalah. Bruce turut menurunkan pembelian termahal dalam sejarah kelab iaitu, Joelinton. Pemain tersebut hampir menjaringkan gol. Shelvey pula melakukan percubaan yang terkena tiang.

Newcastle memasukkan Allan Saint-Maximin. Pemain ini memberikan impak yang baik dalam perlawanan ini.

Arsenal menang 1-0 di tempat lawan pada hari pembukaan. Keputusan yang baik meskipun ia bukan aksi yang diharapkan oleh Unai Emery. Arsenal hmelakukan 8 percubaan ke arah gol, dan hanya 2 percubaan tepat dalam perlawanan ini daripada dominasi penguasaan bola 62%.

Sebagai perbandingan, Newcastle melakukan 9 percubaan ke arah gol, jug dengan 2 percubaan tepat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN