EPL: Gol Roket Walker Bantu Man. City Menang Ke Atas Newcastle

Manchester City meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam EPL musim ini selepas menang 2-1 ke atas Newcastle United. Jaringan cantik Kyle Walker menjadi gol kemenangan Man. City.

Walaubagaimanapun, Sergio Aguero gagal menambahkan gol beliau ke atas Newcastle. Dalam sejarah karier beliau, Aguero menjaringkan 14 gol ke atas pasukan tersebut.

Pep Guardiola enggan membandingkan Chelsea dan Liverpool yang menang keempat-empat perlawanan mereka.

Beliau gembira dengan permulaan musim ini yang dianggap beliau sangat baik.

“Memulakan musim dengan 10 daripada 12 mata, permulaan yang baik untuk kami.”

“Kami keciciran mata menentang Wolves sebelum ini. Kami bermain dengan baik dan mencipta banyak peluang.”

“Saya berpuas hati dengan cara kami bermain. Jika kamu tak menang dalam perlawanan, sangat penting untuk kamu menang pada perlawanan seterusnya.”

Sterling meletakkan Man. City di hadapan pada minit ke-10. Namun ianya disamakan oleh Yedlin sebelum rehat masa pertama. Yedlin menggunakan kelajuannya untuk menyempurnakan hantara Rondon.

Bersambung babak kedua, Kyle Walker menjaringkan gol ke-2 City. Satu percubaan deras dari luar kotak penalti yang sangat cantik.

Skuad Rafa Benitez kini hanya memungut 1 mata daripada 4 perlawanan setakat ini.

Pertahanan Man. City, Kyle Walker menyatakan mereka bermain dengan sistem berbeza hari ini. Namun paling penting adalah 3 mata.

Manchester City melakukan 24 percubaan ke arah gol, 8 daripadanya adalah tepat. Sementara itu Newcastle hanya 3 percubaan (2 tepat) untuk sepanjang 90 minit.

Newcastle kini penuh dengan masalah di dalam kem mereka. Rafa Benitez dilaporkan tidak bercakap secara langsung antara 2 pihak.

Rafa kecewa dengan polisi Mike Ashley yang dilapor tidak menepati janji beliau dalam membantu Rafa pada jendela perpindahan lalu.

Di kem latihan, kapten pasukan, Jamaal Lascelles dan Matt Ritchie dilaporkan bergaduh.

Newcastle sebelum ini hanya ada 19% penguasaan bola berhadapan Chelsea. Dan semalam mereka ada 21% penguasaan bola.

Dubravka adalah pemain cemerlang mereka sekali lagi meskipun tewas.

Manchester City kini berada di tangga ke-3 manakala Newcastle di tangga ke-18.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN