EPL: Foden Selamatkan City Dari Dimalukan West Ham, Antonio Ledak Gol Cantik

Michail Antonio menjaringkan gol yang cukup menakjubkan untuk membantu West Ham United meraih satu mata menentang Manchester City selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Keputusan tersebut juga menyaksikan City yang beraksi di tempat lawan hanya menang sekali sahaja dalam empat perlawanan liga terakhir mereka dan diselamatkan oleh gol penyamaan pemain muda Phil Foden.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium London itu, The Hammers mendahului perlawanan pada minit ke-18 apabila Antonio membuat rembatan voli akrobatik selepas menerima hantaran litang Vladimir Coufal dan mengejutkan City sebagai pasukan pilihan.

Namun Foden yang masuk sebagai pemain gantian pada awal babak kedua menyamakan kedudukan pada minit ke-51 selepas bijak membuat pusingan mengelirukan pemain pertahanan lawan sejurus sahaja menerima hantaran Joao Cancelo.

City jelas mendominasi perlawanan terutamanya selepas membawa masuk Kevin de Bruyne yang terlepas dua perlawanan sebelum ini kerana kecederaan. Namun gagal untuk mencari gol kemenangan.

West Ham yang turut mengikat Tottenham Hotspur pada minggu lepas menerusi kebangkitan gol minit akhir Manuel Lanzini kini menduduki tangga ke-11 selepas mengumpul lapan mata daripada enam perlawanan.

Sementara City pula hanya satu ana tangga di bawah West Ham dengan jumlah mata yang sama tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Lawan West Ham selepas ini adalah Liverpool di gelanggang lawann pada Sabtu sementara City pula perlu bersiap sedia untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Marseille pada Selasa.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Newcastle United Ambil Buruh Binaan Sebagai Pemain Baharu

De Gea Kembali Ke Prestasi Terbaik Kerana Tergugat Dengan Henderson

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN