EPL: Everton Ikat Juara Bertahan Dalam Pertembungan Dramatik Derbi Marseyside

Liverpool Everton Marseyside EPL

Perlawanan Derbi Marseyside di antara dua pasukan setempat menyaksikan Liverpool terlepas peluang untuk menumpaskan Everton selepas sekadar terikat 2-2 apabila dikecewakan dengan keputusan VAR pada penghujung permainan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Juara bertahan tersebut turun dengan misi bangkit daripada kekalahan memalukan 7-2 kepada Aston Villa sebelum ini dan terlebih dahului mendahului perlawanan menerusi Sadio Mane seawal minit ketiga selepas menerima hantaran lintang rendah Andrew Robertson.

Namun lapan minit kemudian Liverpool terpaksa menerima tamparan apabila tonggak pertahanan mereka, Virgil van Dijk terpaksa dikeluarkan setelah cedera ketika pertembungan dengan penjaga gol tuan rumah Jordan Pickford.

Ketiadaan pemain pertahanan Belanda tersebut segera dimanfaatkan Everton berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 hasil tandukan kencang Michael Keane dari sepakan penjuru yang diambil James Rodriguez.

Liverpool sekali lagi menduhului menerusi Mohamed Salah yang memanfaatkan kesilapan Yerry Mina yang gagal menanduk keluar bola ke tempat selamat.

Namun penjaring terbanyak EPL buat masa ini, Dominic Calvert-Lewin berjaya menyelamatkan pasukannya dengan menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 10 minit dengan menanduk masuk hantaran lintang Lucas Digne untuk menewaskan penjaga gol Adrian.

Penyerang Brazil, Richarlison diarahkan untuk keluar padang setelah pengadil melayangkan kad merah kepadanya pada minit ke-90 kerana membuat bentesan bahaya terhadap Thiago Alcantara.

Liverpool kemudiannya meraikan jaringan Jordan Henderson pada minit ke-90 perlawanan namun hampa selepas semakan VAR mendapati Mane yang membuat hantaran kepada kapten Liverpool itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu terus mendahului carta liga dengan 13 mata, tiga mata di depan Liverpool.

Kredit Foto: DAZN

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

10 Tahun Di EPL, David Silva Mengaku Kekok Bermain Di La Liga

‘Akhirnya Terukir Senyuman Di Wajahnya’ – Menantikan Kemunculan ‘Bale Baharu’

‘Sekadar Mainan Media’ – Ole Tepis Spekulasi Pertelagahan Dengan Fernandes

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN