EPL: ‘Datuk Seri’ Divock Origi Selamatkan Liverpool Di Minit Akhir Permainan

Divock Origi

Liverpool berjaya untuk menyambung prestasi cemerlang mereka apabila berhasil untuk menumbangkan Wolverhampton Wanderers di tempat lawan – terima kasih kepada Divock Origi.

Kedua-dua pasukan bermain untuk mendapatkan tiga mata dengan Liverpool begitu berselera untuk mendapatkan gol.

Mantan pemain Wolves, Diogo Jota menjadi sandaran Liverpool dalam usaha untuk mendapatkan gol. Namun begitu percubaan-percubaan beliau tidak berjaya mendapatkan gol.

Gabungan serangan daripada Trent Alexander-Arnold yang memberikan hantaran cemerlang kepada Jota di separuh masa pertama membolehkan pemain itu mencipta peluang menerusi tandukan.

Namun kedua-dua usaha pemain Portugal itu hanyalah sia-sia.

Wolves juga turut memberikan saingan dengan Hwang Hee-chan serta Rayan Ait-Nouri turut menguji Alisson Becker.

Separuh masa kedua menyaksikan Jota melepaskan satu peluang yang begitu besar apabila beliau gagal untuk menolak bola dari jarak enam meter dalam kotak penalti.

Rembatan beliau terus ke arah Conor Coady yang sudah berada di atas garisan gol.

Separuh masa kedua kelihatan begitu sengit dalam usaha kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan gol sehingga penamat perlawanan.

Usaha Liverpool dinafikan dengan kecemerlangan Jose Sa di pintu gol sambil barisan pertahanan Wolves yang diterajui Coady, Max Kilman dan Romain Saiss membantu menafikan The Reds.

Namun begitu, benteng Wolves runtuh juga apabila dipenghujung permainan apabila Origi yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Semuanya berhasil apabila serangan terakhir Liverpool selepas Mohamed Salah menyerang dari sebelah kanan, hantaran pemain itu menemui Origi.

Origi kemudiannya melakukan pusingan dan merembat masuk bola untuk menewaskan Sa dipenghujung perlawanan.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini cukup sengit melibatkan kedua-dua pasukan dengan keputusan perlawanan tidak menggambarkan keseluruhan cerita.

Namun begitu, semangat juang Liverpool menyelamatkan mereka dalam misi mendekatkan diri dengan Chelsea.

Keputusan penuh, Wolverhampton Wanderers 0-1 Liverpool.

Kesebelasan utama

Wolverhampton Wanderers: Jose Sa (penjaga gol), Max Kilman, Conor Coady (ketua pasukan), Romain Saiss, Nelson Semedo, Leander Dendocker, Ruben Neves, Rayan Ait-Nouri, Adama Traore, Raul Jimenez, Hwang Hee-chan

Liverpool: Alisson Becker (penjaga gol), Trent Alexander-Arnold, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson, Thiago Alcantara, Jordan Henderson (ketua pasukan), Fabinho, Sadio Mane, Diogo Jota, Mohamed Salah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN