EPL: Chelsea Ditewaskan Pasukan Zon Penyingkiran Everton

Everton melayan kunjungan pasukan Chelsea pada hari perlawanan ke 16 Liga Perdana Inggeris.

Ini merupakan perlawanan pertama untuk The Toffees selepas pemecatan Marco Silva. Everton dikendalikan oleh interim yang merupakan legenda kelab Duncan Ferguson.

Everton memulakan perlawanan ini sebagai pasukan yang berada di zon penyingkiran.

Everton terlebih dahulu berada di hadapan menerusi pemain kebangsaan Brazil iaitu Richarlison. Penyerang Everton tersebut menanduk masuk bola dari jarak dekat hasil daripada Djibril Sidibe.

Gol tersebut terhasil kurang 5 minit daripada wisel permulaan.

Pada separuh masa pertama Chelsea lebih dominan dalam penguasaan bola. Namun mereka sukar untuk mencipta peluang gol.

Chelsea terlalu tidak direct di dalam zon serangan.

Everton pula tampil sebagai sebuah pasukan yang lebih berdisiplin dan kompak ketiga bertahan.

Chelsea cuba memberikan respon dengan melakukan beberapa siri serangan. Tetapi mereka tidak cukup tajam di dalam kawasan bahaya untuk menghasilkan gol.

Everton masuk ke bilik persalinan dengan berada di hadapan. Mereka mengekalkan
Kedudukan 1-0 tersebut.

Bersambung babak kedua kedua-dua pasukan lebih rancak melakukan serangan untuk mencipta peluang gol.

Everton menambah satu lagi gol pada minit ke-49 menerusi Dominic Calvert Lewin. Satu lagi gol yang dilakukan dalam masa kurang daripada lima minit daripada wisel permulaan separuh masa untuk.

Tersentak dengan jaringan tersebut, 3 minit selepas gol itu, Chelsea membalas satu gol menerusi Kovacic.

Namun begitu Everton berjaya mendapatkan gol pada lewat perlawanan juga menerusi Calvert Lewin.

Everton menang 3-1 ke atas Chelsea. Chelsea mempersiakan peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan di kelompok 4 teratas.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram