EPL: Adama Traore (Dan Jimenez) Hancurkan Man City

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Manchester City dikejutkan oleh Wolves di hadapan penyokong mereka sendiri dalam aksi EPL.

2 gol Wolves adalah menerusi Adama Traore yang menerima hantaran daripada Raul Jimenez – bagi kedua-dua gol itu.

Wolves memiliki disiplin yang sangat tinggi untuk bertahan secara unit. Mereka juga menyakitkan Man City dengan serangan balas.

Nuno Espirito kemudian mengarahkan Adama Traore menjadi penyerang kembar di sebelah Jimenez. Pertukaran taktikal ini yang berjaya memberikan impak.

Ini kerana Adama memiliki kepantasan, dan Jimenez sangat tenang dengan bola, untuk mengekalkan bola seketika, menjemput lawan ke arahnya, dan melepaskan hantaran kepada Traore.

Adama Traore menjaringkan gol pertama pada minit ke-80, selepas Jimenez degan liciknya melepasi Otamendi.

Man City memiliki beberapa peluang gol. Antaranya menerusi David Silva, yang melakukan sepakan percuma terkena penjuru palang gol.

Seterusnya, Aguero dan juga Sterling memiliki peluang masing-masing.

Ketika Man City sedang sibuk mencari gol penyamaan, Wolves membunuh sisa perjuangan mereka dengan gol kedua pada masa kecederaan.

Kedua-dua pasukan melakukan 2 percubaan tepat dalam perlawanan. Satu angka yang agak rendah untuk pasukan seperti City.

Kekalahan ini meletakkan Man City 8 mata di belakang Liverpool yang menang pada masa kecederaan berhadapan dengan Leicester semalam.

Pep Guardiola ternyata tidak begitu gemar dengan perlawanan menentang Nuno Espirito.

Seterusnya, Wolves ternyata memiliki rekod yang sangat baik berhadapan dengan big six.

Ini merupakan kekalahan kedua Man City pada musim ini sehingga perlawanan ke-8, setakat ini.

Selepas aksi cemerlang musim lalu, Wolves agak bergelut pada awal musim ini. Namun kemenangan kedua musim ini, ke atas City pastinya diharap dapat menjadi tonik berharga selepas ini.