EPL 2020/21: Tunduk Di Tangan Wolves, Arsenal Terus Lesu Di Stadium Emirates

Arsenal

Arsenal mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di Stadium Emirates dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 selepas tunduk 1-2 di tangan Wolverhampton Wanderers pada aksi yang berlangsung sebentar tadi.

Kekalahan tersebut juga menyebabkan skuad kendalian Mikel Arteta itu terperosok ke tangga ke-14 liga pada ketika ini susulan empat kemenangan, satu keputusan seri dan lima kekalahan yang dialami untuk mengumpul 13 mata.

Wolves terpaksa mengharungi sebahagian besar permainan tanpa kelibat peledak berbisa, Raul Jimenez apabila penyerang kelahiran Mexico itu dikejarkan ke hospital berikutan kecederaan di bahagian kepala dialaminya.

Keadaan itu tidak langsung menjejaskan rentak anak buah Nuno Espirito Santo terutamanya pada separuh masa pertama untuk melakarkan kemenangan penting tersebut. Ia jelas terbukti apabila Pedro Neto berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-27.

Jaringan tersebut berpunca daripada tindakan susulan Neto yang menewaskan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno ketika percubaan awal menerusi tandukan dilakukan Leander Dendoncker terkena palang gol.

Arsenal bagaimanapun tidak membiarkan kelebihan itu kekal lama apabila Gabriel Magalhaes menanduk masuk bola hasil hantaran daripada pemain sayap, Willian pada minit ke-30 untuk mengikat kedudukan.

Wolves yang kini menghuni tangga keenam liga berpeluang untuk sekali lagi berada di hadapan menerusi Dendoncker, tetapi tandukannya dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran sepakan sudut daripada Neto berjaya ditangkap Leno.

Pasukan pelawat yang dilihat begitu garang pada aksi 45 minit pertama dengan serangan berbahaya dilancarkan sekali lagi berjaya di hadapan apabila percubaan rendah daripada Neto gagal dikeluarkan dari kawasan berbahaya oleh Leno sehingga memberikan peluang buat Daniel Podence untuk melepaskan rembatan yang sekali gus menghadiahkan jaringan kedua buat Wolves.

Memasuki babak kedua, aksi berbeza ditampilkan Arsenal yang nyata memperkemaskan aksi bagi menggandakan asakan dalam usaha mereka untuk mendapatkan jaringan penyamaan dengan mendominasi penguasaan bola.

Namun, kekentalan jentera pertahanan Wolves yang dikepalai ketua pasukan, Conor Coady dan Willy Boly tidak langsung memberikan ruang buat barisan hadapan Arsenal untuk mendapatkan sebarang percubaan tepat.

Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk menghadiahkan kemenangan kelima buat Wolves selepas mengharungi 10 perlawanan liga.

Kredit featured image: James Williamson – AMA/Getty Images

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN