EPL 2020/21: Tottenham Hotspur Tolak Tuah, Cetus Kebangkitan Hebat West Ham United

Tottenham Hotspur

Tottenham Hostpur harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal menggunakan kelebihan tiga gol dimiliki pada separuh masa pertama untuk sekadar berkongsi mata dengan West Ham United selepas diikat 3-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Jose Mourinho itu bagaimanapun tampil dengan begitu garang pada 16 minit awal berikutan tiga jaringan yang berjaya dihasilkan pada tempoh tersebut sekali dan ia jelas tidak mampu dibendung oleh para pemain The Hammers.

Selain daripada kemenangan pada Derbi London itu, Gareth Bale turut membuat penampilan sulung selepas meninggalkan kelab tersebut pada 1 September 2013 selepas beliau dimasukkan pada minit ke-72 bagi menggantikan Steven Bergwin.

Son Heung-min yang cemerlang dengan enam gol dalam saingan EPL musim ini tidak menunggu lama untuk menambah koleksi jaringan apabila percubaannya seawal minit pertama gagal dinafikan penjaga gol, Lukasz Fabianski untuk membuka tirai jaringan.

Hanya berselang tujuh minit kemudian, Harry Kane pula meletakkan nama selaku penjaring setelah percubaannya dari luar kawasan penalti setelah menerima hantaran daripada Son untuk sekali lagi Fabianski hanya mampu melihat gawangnya dibolosi.

Tidak cukup dengan dua jaringan yang berjaya dihasilkan, Spurs mengukuhkan kedudukan dengan jaringan ketiga menerusi Kane apabila hantaran lintang daripada Sergio Reguilon singgah tepat ke kepala peledak berbisa tersebut.

Tertekan dengan tiga gol yang dilepaskan, anak buah David Moyes tampil dengan lebih baik untuk merapatkan defisit jaringan tetapi mereka dihampakan dengan penyudah kurang berkesan daripada jentera serangan.

Peluang keemasan yang dimiliki Pablo Fornals pada minit ke-50 juga hampa setelah tandukannya ketika pintu gol Spurs sudah pun terbuka luas tidak mampu disudahkan dengan baik pemain kelahiran Sepanyol itu.

Ketika permainan memasuki 10 minit terakhir, seakan menjelma tonik berguna meresap ke jiwa pemain pasukan pelawat apabila mereka berterusan memberikan tekanan dan usaha tersebut membuahkan hasil pada minit ke-82 menerusi Fabian Balbuena.

Balbuena berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran menerusi sepakan sudut daripada Aaron Creswell yang hanya mampu dipandang penjaga gol, Hugo Lloris.

Malang terus menimpa Spurs selepas pertahanan tengah, Davinson Sanchez tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-85 dalam usahanya untuk mengeluarkan bola hantaran lintang daripada Vladimir Coufal.

Dengan dua jaringan yang terhasil, ia jelas menyemarakkan lagi api perjuangan West Ham United untuk sekurang-kurangnya mengikat perlawanan dan membawa pulang satu mata daripada perlawanan ini.

Segala yang dirancangkan menjadi kenyataan apabila Manuel Lanzini muncul wira buat West Ham United susulan ledakan padu dari jarak jauh ketika masa kecederaan memasuki minit keempat bagi menggembirakan kem West Ham United.

Dengan keputusan seri yang dicatatkan, Tottenham kini di tangga keenam dengan lapan mata hasil dua kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan manakala West Ham United pula menduduki tangga kelapan dengan tujuh mata.

Lebih menarik untuk diperkatakan, pasukan di tangga kelima hingga kelapan menjadi milik pasukan London apabila Arsenal ketika ini di kedudukan kelima manakala Chelsea ketujuh.

Kredit featured image: Matthew Ashton – AMA/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN