EPL 2020/21: Jaringan Pantas Danny Ings Teruskan Rentak Hambar Liverpool

Danny Ings

Jaringan seawal minit kedua yang dihasilkan Danny Ings sudah cukup untuk membantu Southampton mencatatkan kemenangan berharga 1-0 keatas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, Liverpool pada aksi di St. Mary’s Stadium, awal pagi tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan The Saints menamatkan penantian kemenangan selama empat perlawanan manakala Liverpool pula masih tercari-cari kemenangan pada tiga aksi terakhir setelah mereka seri bertemu West Bromwich Albion dan Newcastle United.

Krisis di jentera pertahanan jelas menganggu Liverpool apabila Jurgen Klopp terpaksa meletakkan ketua pasukan, Jordan Henderson selaku pertahanan tengah untuk digandingkan bersama Fabinho.

Tetapi yang menariknya, Klopp meletakkan Thiago Alcantara di kesebelasan utama bersama-sama Alex Oxlade-Chamberlain dan Georginio Wijnaldum di bahagian tengah.

Sementara itu, kem tuan rumah tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol utama, Alex McCarthy yang disahkan positif COVID-19 dan kekosongan itu diisi Fraser Forster,

Skuad bimbingan Ralph Hasenhuttl itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan setelah Ings yang merupakan bekas pemain Liverpool dengan tenang melakukan percubaan lambung dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran daripada James Ward-Prowse sekali gus berjaya menewaskan Alisson Becker.

Lebih manis, ia merupakan jaringan ke-50 buat Danny Ings dalam saingan Liga Perdana Ingggeris selepas membuat 124 penampilan sepanjang kariernya

Aksi selepas itu tidak banyak yang dapat diperkatakan dengan Liverpool hanya mampu mencipta satu percubaan tepat ke arah pintu gol Southampton meskipun mereka menguasai penguasaan bola sejak dari awal permainan.

Selebihnya, pertahanan Southampton yang diketuai Jack Stephens dan Jan Bednarek dilihat kental bertahan menyerap tekanan hebat diberikan juara bertahan itu.

Liverpool ketika ini masih mengekalkan kedudukan tangga teratas dengan 33 mata selepas berkongsi mata dengan Manchester United, tetapi pencabar terdekat itu kekurangan satu perlawanan. Southampton pula menghuni tangga keenam selepas mengumpul 29 mata daripada 17 perlawanan.

Kredit featured image: Naomi Baker/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Southampton:

EPL: Southampton Menamatkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal Pada Debut Ralph Hasenhuttl

Charlie Austin Akui Impak Pengurus Baru, Faktor Di Sebalik Kebangkitan Southampton

Pemain Dan Jurulatih Southampton Dermakan Gaji Sehari Selepas Diaibkan 9-0

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN