EPL 2020/21: Gol Sulung Cavani Rawat Luka United

Edinson Cavani Manchester United

Edinson Cavani meledak gol pertamanya bersama Manchester United untuk membantu pasukannya bangkit dari prestasi buruk sejak kebelakangan ini dengan menewaskan Everton 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park pada Sabtu.

Bruno Fernandes turut cemerlang mencetak dua gol pada separuh masa pertama serta mencipta gol Cavani pada lewat permainan bagi mengurangkan tekanan ke atas pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Everton yang kelihatan garang pada awal perlawanan terlebih dahulu di depan pada minit ke-19 menerusi rembatan rendah pemain sayap Bernard yang menjaringkan gol pertamanya pada musim ini.

Namun United tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil tandukan kencang Fernandes yang menyudahkan hantaran lintang Luke Shaw pada minit ke-24 perlawanan.

Pemain tengah Portugal itu kemudian membawa United mendahului perlawanan dengan hantaran lencong yang cuba dicapai oleh Marcus Rashdord namun sepakannya itu terkena tiang dan terus masuk ke gawang gol yang dikawal Jordan Pickford.

Rashford berpeluang untuk menambah gol ketiga pada minit ke-76, namun beliau yang bijak menyambut hantaran jauh Fred gagal memanfaatkan peluang satu lawan satu dengan Pickford.

Cavani yang masuk sebagai pemain gantian lewat permainan berjaya membuka akaun jaringan bersama pasukan baharunya dengan gol pada masa kecederaan selepas Fernandes bijak memperdayakan pertahanan Everton untuk gol ketiga United.

Ianya merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Everton dan tergelincir ke tangga kelima liga sementara United pula memperbaiki kedudukan mereka dengan naik ke tangga ke-13.

EPL akan berhenti rehat bagi memberi laluan kepada aksi antarabangsa sebelum kembali bersambung pada 21 November akan datang di mana United akan bertemu West Brom untuk memberi kemenangan pertama mereka di tempat sendiri pada musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

David Beckham Mahu ‘Tarik’ Sergio Ramos Sertai Inter Miami

Man Utd Akan Setia Dengan Solskjaer Walaupun Jika Kalah Dengan Everton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN