EPL 2019/20: Terus Cemerlang, Liverpool Dan Kemenangan Berpisah Tiada

Liverpool

‘Liverpool dan kemenangan berpisah tiada.’

Itulah kata-kata paling sesuai bagi menggambarkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 itu pada ketika ini selepas The Reds menamatkan aksi  2019 dengan kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Anfield, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal daripada Sadio Mane sudah cukup untuk meletakkan Liverpool kini 13 mata di hadapan pesaing terdekat, Leicester City dan turut kekurangan satu perlawanan.

Namun, kemenangan berharga itu tidak mudah dilakarkan skuad bimbingan Jurgen Klopp selepas terpaksa menghadapi cabaran sengit daripada barisan pemain Wolves.

Liverpool memerlukan sehingga minit ke-42 untuk membuka tirai jaringan apabila Mane dengan tenang menyudahkan bola hasil dadaan Adam Lallana dalam kawasan penalti.

Jaringan tersebut dibantah para pemain Wolves yang mendakwa bola terlebih terkena tangan Lallana yang memaksa khidmat Video Assistant Referee (VAR) digunakan. Ia bagaimanapun tidak mampu mengubah keputusan sekaligus jaringan tersebut disahkan.

Hanya berselang beberapa minit kemudian, Pedro Neto meledakkan jaringan penyamaan buat Wolves tetapi sekali lagi VAR terpaksa digunakan untuk mengesahkan jaringan tersebut.

Nasib nyata tidak menyebelahi pasukan pelawat apabila jaringan itu ditarik balik selepas Jonny dikesan berada dalam keadaan ofsaid.

Memasuki 45 minit terakhir, Wolves memperkemaskan aksi dengan beberapa siri serangan ke kubu Liverpool, tetapi ia masih belum mampu untuk membolosi gawang yang dikawal Alisson Becker.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk kemenangan ke-18 buat Liverpool daripada 19 perlawanan EPL 2019/20 yang dilalui.

Kejayaan itu juga bermakna Liverpool kini memegang rekod tidak pernah tewas sebanyak 50 perlawanan liga di laman sendiri.

Kredit foto: Liverpool FC Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN