EPL 2019/20: Pogba Gagal Berikan Man Utd Kemenangan Diperlukan

Paul Pogba gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Manchester United sekaligus terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Wolves dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada pagi tadi.

Anthony Martial menjaringkan gol untuk perlawanan kedua berturut-turut untuk memberikan United pendahuluan pada minit ke-27 perlawanan. Namun rembatan melencong Ruben Neves berjaya menyamakan kedudukan buat Wolves selepas babak kedua perlawanan bersambung.

Pogba kemudiannya berpeluang untuk mengembalikan pendahulan kepada United selepas pemain antarabangsa Perancis itu dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Namun sepakan penalti oleh Pogba berjaya diselamatkan penjaga gol Wolves, Rui Patricio pada minit ke-67 perlawanan.

Sebelum sepakan penalti diambil, Pogba dan Marcus Rashford kelihatan berbincang sesama sendiri mengenai siapa yang seharusnya mengampil sepakan penalti tersebut, sebelum Rashford menyerahkan bola kepada Pogba.

Dalam perlawanan menentang Chelsea pada minggu lalu, Rashford menjaringkan salah satu dari dua jaringan beliau – ketika United menewaskan Chelsea 4-0 – dari sepakan penalti.

Keputusan seri ini bermakna United gagal memenangi tiga perlawanan berturut-turut di Stadium Molineux.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer menguasai perlawanan pada babak pertama, namun kedua-dua pasukan gagal menghadirkan ancaman sebenar sehingga gerakan Lingard-Rashford membenarkan Martial menjaringkan gol pertama perlawanan.

Arus perlawanan tampak berubah selepas Neves menyamakan kedudukan untuk Wolves, sehinggalah Conor Coady dipersalahkan kerana menjatuhkan Pogba.

Wolves hampir mendapatkan tiga mata dari perlawanan ini, namun tandukan minit akhir melalui Di0go Jota diselamatkan penjaga gol, sebelum percubaan beliau liar melewati palang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram