EPL 2019/20: Manchester United Diaibkan Pasukan Tercorot

Kepulangan mengejut Paul Pogba ke dalam pasukan tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan selepas Manchester United dimalukan pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Watford dengan kekalahan 2-0 di Vicarage Road.

Kemenangan Watford itu memberikan harapan kepada pasukan tersebut untuk keluar dari zon penyingkiran selepas mereka meraih tiga mata penuh buat kali kedua musim ini.

Kesebelasan utama United ketika mereka seri bertemu Everton masih dikekalkan dalam perlawanan ini.

Pengurus baharu Watford, Nigel Pearson turut mengekalkan kesebelasan utama mereka yang bermain baik ketiga tewas kepada Liverpool di Anfield tempoh hari. Troy Deeney yang kemarau jaringan dalam EPL sepanjang musim ini masih diberi kepercayaan mengetuai bahagian serangan.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan. Namun hanya lima minit selepas bermula babak kedua, kesilapan dilakukan penjaga gol United, David De Gea telah menghadiahkan gol pertama The Hornets.

Sepakan voli Ismaila Sarr yang sepatutnya boleh ditangkap dengan mudah terlepas menerusi tapak tangannya dan bola terus masuk ke dalam gawang Untied.

Empat minit kemudian, Troy Deeney membuatkan hari United semakin buruk dengan menjaringkan gol EPL pertamanya sejak April menerusi sepakan penalti selepas Aaron Wan-Bissaka menjatuhkan Sarr di dalam kotak penalti.

Kemunculan Pogba yang masuk pada minit ke-64 menggantikan Jesse Lingard dilihat memberi sedikit perubahan positif kepada bahagian tengah United. Namun beliau tidak dapat membantu pasukannya untuk mencatat sebarang pecubaan tepat ke arah gol selepas ketinggalan dua gol.

Tamat masa permainan, United tewas buat kali kelima pada musim ini dan pengurus Ole Gunnar Solskjaer sudah tentu perlu memikirkan sesuatu untuk dilakukan apabila pintu perpindahan dibuka dalam beberapa hari lagi.

Selepas 18 perlawanan EPL, United kini berada di kedudukan kelapan dengan hanya mengutip 25 mata daripada 54 mata maksimum, sementara Watford masih kekal di dasar liga dengan 12 mata tetapi mereka hanya enam mata dipisahkan enam mata dengan pasukan di tempat ke-17 Southampton.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN