EPL 2019/20: Liverpool Unggul Dalam Derbi Marseyside, Leicester Terus Mengejar

Prestasi menakjubkan Liverpool sejak awal musim diteruskan lagi dengan membelasah Everton 5-2 dalam perlawanan derbi setempat di Anfiled. Tetapi Leicester City terus mengejar dengan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi memastikan mereka kekal dibezakan dengan lapan mata.

Liverpool turun dengan misi mengutip mata penuh bagi mengejar usaha mendakap kejuaraan EPL buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Sekalipun beraksi tanpa penjaga gol utama, Alisson Becker yang digantung serta merehatkan penyerang Roberto Firmino dan Mohamed Salah di bangku simpnan, skuad bimbingan Jurgen Klopp itu ternyata terlalu unggul untuk memanjangkan rekod baru kelab yang belum pernah tewas dalam 32 perlawanan.

Empat gol dijaringkan pada separuh masa pertama bermula dengan gol pertama oleh Divock Origi pada awal permainan dan digandakan oleh Xherdan Shaqiri. Machael Keane kemudian merapatkan kedudukan sebelum Divock Origi dan Sadion Mane menambah dua lagi gol sebelum Richarlisan menjaringkan gol kedua  Everton sebelum rehat.

Georginio Wijnaldum kemudian menoktahkan kemenangan Liverpool pada penghujung permainan. Tekanan kini tertumpu ke arah pengurus Everton Marco Silva di mana pasukannya kini tergelincir ke zon penyikingkiran, di bawah Southampton yang berjaya menewaskan Norwich 2-1.

 

Leicester mengatasi pasukan tercorot Watford 2-0 dengan mereka turut menyamai rekod kelab yang mencatat kemenangan berturut-turut terbanyak pada tahun 1963.

Selepas kebuntuan jaringan pada sebelum rehat, Jamie Vardy dan James Maddison mencetak gol pada separuh masa kedua untuk mengangkat bekas juara EPL itu mengatasi Manchester City dengan tiga mata.

Watford yang kini tiada pengurus selepas Quique Sanchez Flores dipecat tempoh hari tidak membuat sebarang percubaan tepat sepanjang perlawanan sehinggalah minit ke-90 apabila rembatan Domingos Quina tepat ke dakapan Kasprt Shmeichel.

“Tujuh kemenangan dalam EPL adalah satu pencapaian yang hebat, jelas pemain kami mempunyai mentaliti main untuk menang,” ujar Rogers seperti dilaporkan Reuters.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN