EPL 2019/20: Liverpool Menang Lagi

Liverpool turun berhadapan dengan Wolves dalam aksi EPL di Molineux untuk aksi pertengahan minggu.

Wolves merupakan pasukan yang memiliki rekod yang baik berhadapan dengan pasukan big six dan 10 pasukan teratas.

Liverpool dalam usaha untuk menjarakkan semula mata kepada 16 mata sekali lagi.

Ternyata aksi sebelah malam Khamis ini bukannya kegemaran untuk Liverpool sebelum ini. 8 perlawanan malam Khamis, 6 gagal menang. Namun dua perlawanan terakhir mereka menang.

Liverpool memulakan perlawanan dengan cuba mendominasi perlawanan.

Namun begitu Liverpool terlebih dahulu diancam dengan sepakan percuma oleh Joao Maoutinho. Satu sepakan percuma yang licik, malangnya tiada pemain yang menyambarnya.

Perlawanan kemudian menjadi lebih rancak dalam cuaca yang sangat dingin.

Tibalah minit ke-8, kapten Liverpool, Jordan Henderson berjaya meletakkan The Reds di hadapan. Ianya berpunca dari sepakan penjuru Trent Alexander Arnold.

Gol itu disahkan bersih oleh VAR, walaupun awalnya nampak terkenan tangan. Selepas semakan menerusi VAR, ternyata ia terkena bahu Henderson, yang menghalakan bola ke near post Rui Patricio.

Trent Alexander Arnold berjaya mencatatkan angka dua digit pada assist beliau – itu bantuan gol kesepuluh beliau musim ini. Dan sejak musim lalu, Trent Alexander Arnold sudah mencatatkan 22 bantuan gol kepada rakannya.

Wolves kemudian mencemaskan Liverpool sekali lagi. Kali ini Ruben Neves melakukan hantaran lintang disambut oleh Doherty dalam keadaan beliau tidak ofsaid – dan berseongan – satu lawan satu dengan Alisson.

Malangnya tandukan pemain itu tersasar. Itu adalah peluang keemasan untuk Wolves.

Tidak lama selepas itu, Alisson pula melakukan kesilapan yang hampir dihukum, kerana beliau terlepas bola, mujurlah beliau berjaya menangkap bola kedua.

Seterusnya, Mohamed Salah mendapat peluang hasil umpanan daripada Sadio Mane. Namun beliau tidak terus merembat dan akhirnya peluang dipersiakan.

Sadio Mane juga menerima bola cantik daripada Alex Oxlade Chamberlain, namun bola kawalan beliau berjaya dipintas oleh pertahanan lawan.

Pada minit ke-31, Sadio Mane terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Beliau digantikan oleh Takumi Minamino.

Pada minit ke-37, Raul Jimenez melakukan rembatan rendah yang tersasar.

5 minit kemudian, Jimenez sekali lagi memiliki peluang gol, namun rembatan lencong beliau dihadang dengan cemerlang oleh Virgil Van Dijk.

Pada masa kecederaan Mohamed Salah melakukan larian solo yang cantik namun sayangnya rembatan akhir beliau dihadang.

Separuh masa pertama tamat 1-0 memihak Liverpool.

Bersambung babak kedua, Liverpool mendapat dua peluang gol menerusi Mohamed Salah. Namun gagal disudahkan.

Sebaliknya Wolves menghukum Liverpool dengan gol penyamaan menerusi Raul Jimenez, yang menanduk masuk hantaran Adama Traore.

Alisson dipaksa melakukan satu save oleh Adama Traore yang hampir menamba gol untuk pasukannya.

Pada minit ke-82, penyerang antarabangsa Brazil, Roberto Firmino melakukan rembatan deras, tetapi gagal untuk menewaskan Rui Patricio.

Dua minit kemudian, Roberto Firmino menembusi gawang Wolves dengan satu rembatan deras. Ianya hasil umpanan cantik Jordan Henderson.

Firmino terus mengganas di luar Anfield dalam saingan EPL kali ini.

Liverpool menang 2-1 ke atas Wolves. Meneruskan rekod tanpa kalah mereka musim ini dan sudah 40 perlawanan mereka tak tewas.

Liverpool kembali dengan jarak 16 mata di puncak liga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram