EPL 2019/20 (Highlight & Laporan): Penalti Salah Lengkapkan Kebangkitan Liverpool Atasi Tottenham

Liverpool memastikan kelebihan enam mata di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris kembali milik mereka apabila bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di Anfield pada awal pagi tadi.

Spurs mendahului hanya selepas 47 saat perlawanan bermula melalui tandukan Harry Kane.

Penjaga gol kelab London itu, Paul Gazzaniga kemudiannya dipaksa menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya selepas Liverpool mulai mengasak dalam usaha mencari gol penyamaan – namun kedudukan kekal dengan perbezaan satu gol pada babak pertama.

Pada awal separuh masa kedua percubaan Heung-Min Son mengegarkan palang gol, selepas pemain antarabangsa Korea Selatan itu berjaya menewaskan Alisson.

Liverpool akhirnya menemui gol penyamaan yang dicari-cari melalui sepakan separa voli dari Jordan Henderson pada minit ke-52 perlawanan.

Pemain pertahanan Spurs, Serge Aurier kemudian dipersalahkan pengadil kerana menyepak kaki Sadio Mane dari belakang di kawasan kotak penalti.

Ini membenarkan Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pada mini ke-75 perlawanan untuk memastikan tiga mata milik Loverpool.

Keputusan ini bermakna Liverpool masih belum tewas di saingan liga pada musim ini.

Tottenham pula terperosok ke tangga ke-11 selepas hanya merekodkan satu kemenangan dari lima perlawanan lalu, dan tanpa sebarang kemenangan di tempat lawan pada sejak Januari.

Saksikan rangkuman perlawanan di bawah:

Kredit: Stadium Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram