EPL 2019/20: Dua Gol Rashford Sambut Kepulangan Mourinho Dengan Kekalahan Pertama Bersama Tottenham

Kepulangan Jose Mourinho ke Old Trafford berakhir dengan kekalahan 2-1 selepas dua gol dari Marcus Rashford menamatkan permulaan sempurna bekas jurulatih Manchester United itu yang mengharungi perlawanan  keempatnya bersama kelab baharu, Tottenham Hotspur.

Rashford meledak gol pada awal separuh masa pertama sebelum tuan rumah diikat dengan gol penyamaan cantik oleh Dele Ali. Rashford kemudian menyudahkan sepakan penalti pada awal babak kedua untuk memastikan Mourinho pulang dengan tangan kosong dan mengurangkan tekanan ke atas pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Keputusan itu melonjak kedudukan United ke tangga ke enam dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL), namun mesih ketinggalan lapan mata dengan pasukan di tangga keempat, Chelsea. Spurs pula yang mengalami kekalahan pertama di bawah bimbingan Mourinho tergelincir ke tangga kelapan.

Kemenangan ini ternyata satu suntikan moral buat United dan Solskjaer yang bakal menghadapi perlawanan derbi Manchester di Stadium Etihad pada petang Sabtu.

Solskjaer membuat empat perubahan daripada kesebelasan ketika pasukan itu seri dengan Aston Villa pada Ahad. Scott McTominay kembali dari kecederaan sementara Ashley Young, Jesse Lingard dan Mason Greenwoord turut memulakan perlawanan menggantikan Brandon Williams, Andreas Pereira, Anthony Martial.

Mourinho turut membuat dua pertukaran daripada skuadnya yang mencatat kemenangan 3-2 ke atas Bournemouth pada Sabtu dengan Harry Winks dan Lucas Moura menggantikan Eric Dier dan Tanguy Ndombele.

United hanya memerlukan enam minit untuk mendahului hasil dari kesilapan Sanchez yang gagal dikeluarkan Sanchez sebelum Lingard membuat kuisan ke belakang dan segera disudahkan Rashford yang merembat dari penjuru kanan kotak penalti pasukan Spurs.

Paulo Gazzaniga kemudian menebus kesilapannya dengan menafikan tiga percubaan United. Bermula dari percubaan jarak dekat Mason Greenwood dan rembatan kencang Rashford dari luar kotak penalti yang ditepis sebelum terkena palang.

Deretan peluang untuk menambah jaringan yang disia-siakan itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila Dele Alli menyamakan kedudukan. Percubaan pertamanya diselamatkan David De Gea sebelum bola yang melantun ke arah pertahanan United disungkit kebelakang dan beliau berpusing untuk melepaskan rembatan melepas penjaga gol Sepanyol berkenaan.

Hanya seketika selepas bermula separuh masa kedua, United kembali di depan selepas Rasforsd yang membuat larian masuk ke dalam bahagian kanan gol Spurs dijatuhkan Moussa Sissoko dan dihadiahkan sepakan penalti. Rashford yang mengambil sepakan itu berjaya mengatasi Gazzaniga yang merebahkan badannya ke arah yang salah.

Manchester United mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam sembilan perlawanan terakhir mereka sejak tewas 2-1 kepada Crystal Palace pada bulan Ogos lepas.

Seperti yang dijangka, kepulangan Mourindo ke Old Trafford disambut dengan baik oleh penonton di Stadium. Bekas pengurus United itu tidak pernah mempunyai sebarang isu dengan penyokong Red Devils sepanjang mengendalikan pasukan itu.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN