England Tidak Akan Tarik Diri Daripada Piala Dunia 2018

Ada pihak telah mencadangkan untuk pasukan bola sepak England menarik diri daripada Piala Dunia 2018.

Namun cadangan itu hanya tinggal cadangan sahaja. FA Inggeris tetap bertegas untuk menurunkan pasukan bagi saingan tersebut.

Sebenarnya bukan suka-suka cadangan itu telah timbul.

Serangan Salisbury

Kisahnya bermula apabila seorang ejen Rusia telah diracun di Salisbury, sebuah bandar di England. Bukan beliau sahaja diracun, tetapi anaknya juga turut menjadi sasaran.

Mereka ditemui rebah di sebuah taman di Salisbury. Dua beranak yang malang itu kini diletakkan dalam unit rawatan rapi.

Kejadian itu telah mengejutkan ramai pihak terutamanya di Britain. Ramai pihak beranggapan ia dilakukan dan didalangi oleh pihak Rusia.

Tindakan memalukan ini telah menjejaskan hubungan Britain dengan Rusia. Dan telah memberikan kesan kepada rakyat negara Ratu itu untuk ke Piala Dunia nanti.

Komen ahli politik

Ada yang memberikan komentar, tidak wajar meraikan kegembiraan aksi bola sepak apabila berlakunya tragedi seperti ini.

Bukan kali pertama ejen negara asing dibunuh di negara tersebut. Sebab itulah, ramai yang agak panas.

Jose Mourinho.

Malah, ada salah seorang ahli parlimen telah mengecam Jose Mourinho secara terbuka. Alasannnya, Jose telah menerima pelawaan syarikat penyiaran Rusia, RT untuk menjadi penganalisis pada Piala Dunia 2018.

Jose Mourinho masih tidak memberikan kenyataan balas daripada ahli parlimen tersebut. Mungkin mencari pandangan serta masa yang sesuai agar tidak menjejaskan kariernya.

Tolak boikot

Bekas pegawai FA Inggeris, David Davies merasakan tindakan menarik diri tidak sesuai. Tetapi, FA telah cuba memujuk penganjur agar dapat memberikan jaminan keselamatan kepada delegasi England.

Theresa May ketika sidang Dewan Rakyat Britain kelmarin.

Perdana Menteri Britain, Theresa May telah mengarahkan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson agar mendapatkan pendirian rasmi Rusia. Theresa juga telah memberikan kenyataan kepada ahli-ahli parlimen negara itu mengenai kejadian tersebut.

Benar kata sesetengah pihak, isu geopolitik dengan sukan ini sukar dipisahkan. Tersalah urus, boleh jejas pihak lain yang berkepentingan. Cuma diharapkan ia tidak akan terheret kepada perang senjata api.

Bak kata peribahasa, umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN