England & Scotland Rebut Khidmat Bintang Muda Man Utd, Scott McTominay

Pihak England FA kini bercadang untuk menghalang pemain muda Manchester United, Scott McTominay daripada menyertai Scotland di peringkat antarabangsa.

Sumber daripada ESPN mengatakan pemain berdarah Scotland itu boleh beraksi untuk negaranya seawal bulan hadapan jika mendapat panggilan oleh Scotland FA.

(Photo by MB Media/Getty Images)

Pemain berusia 21 tahun itu tampil untuk kali ke-16 untuk skuad senior Manchester United dalam saingan UEFA Champions League pada Rabu lalu, dan beraksi cemerlang, sambil pemain pilihan pertama Paul Pogba berada di bangku simpanan.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho sebelum ini memberi amaran kepada barisan kejurulatihan The Three Lions, bahawa England akan terlepas bakat pemain kelahiran Lancaster itu, dan turut menggesa jurulatih Scotland, Alex McLeish untuk memanggil McTominay ke dalam skuad senior Scotland.

Getty Images

Walaupun dilahirkan di England, McTominay layak bermain untuk Scotland kerana asal usul keluarganya daripada negara tersebut.

Namun demikian, McTominay kini tidak mahu tumpuan beliau terjejas dengan pilihan negara yang diwakilinya.

Sebaliknya, pemain yang berasal daripada akademi Manchester United ini mahu memberikan fokus kepada karier di peringkat kelab terlebih dahulu.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Untuk rekod, McTorminay belum pernah beraksi untuk Scotland dan England di mana-mana perlawanan antarabangsa peringkat usia.

Peningkatan prestasi pemain ini bersama United musim ini turut mencuri tumpuan jurulatih England B-21, Aidy Boothroyd.

Ketika minat untuk mendapatkan khidmat McTorminay untuk negara masing-masing semakin hangat diperkatakan, ESPN mendedahkan pemain tersebut mungkin akan dipanggil untuk menyertai skuad England B-21 pada bulan hadapan untuk perlawanan antarabangsa bertemu Romania dan Ukraine.

. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Scotland turut dilaporkan akan bertindak balas, dengan menawarkan pemain tersebut tempat di skuad senior ketika Scotland untuk berhadapan dengan Costa Rica dan Hungary dalam perlawanan persahabatan yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Sumber melaporkan England berharap pemain tersebut mampu dipujuk untuk menjadi sebahagian daripada skuad The Three Lions.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN