England Raih Gelaran Juara Kejuaraan UEFA Bawah 19 Tahun

England sekali lagi mendominasi kejohanan bola sepak peringkat umur apabila berjaya menjuarai Kejuaraan UEFA Bawah 19 Tahun setelah menundukkan Portugal 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tengiz Burjanadze, Georgia.

Pasukan bimbingan Keith Downing itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-50 perlawanan menerusi Easah Suliman.

Selang 8 minit kemudian Dujon Sterling melakukan kesilapan apabila menjaringkan gol sendiri bagi jaringan penyamaan buat Portugal.

Penyerang muda Manchester City, Lukas Nmecha menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68 bagi mengulangi kejayaan yang kali terakhir dimenangi 24 tahun yang lalu.

Kejayaan ini mengikuti jejak langkah pasukan bawah 20 tahun yang menjuarai Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2017 di Korea Selatan setelah menumbangkan Venezuela 1-0 hasil jaringan tunggal Dominic Nathaniel Calvert-Lewin.

England turut menjuarai Kejohanan Toulon 2017 dengan menewaskan Ivory Coast menerusi penentuan sepakan penalti.

Pasukan bawah 21 tahun juga tidak menghampakan apabila berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejuaraan UEFA Bawah 21 Tahun.

Mereka hanya tewas dalam penentuan sepakan penalti ketika bertemu Jerman yang juga merupakan juara kejohanan.

Saat indah kemenangan bertemu Portugal di Georgia itu turut dikongsi pemain senior yang turut berbangga dengan pencapaian tersebut.

England
Wayne Rooney mengucapkan tahniah diatas kejayaan ini.
England
Penjaga gol skuad senior, Jack Butland turut meraikan kejayaan bermakna buat skuad England.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih memperlihatkan pasukan The Three Lions mempunyai skuad masa depan yang mantap.

Diharapkan skuad senior juga dapat menghadiahkan sesuatu yang bermakna seperti  pasukan ‘adik’ mereka.

Sumber

Mail Online (2017) – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4699718/England-U19-2-1-Portugal-U19-Nmecha-scores-winner.html

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram