England Punca Sancho Gagal Menyerlah Di Manchester United

Jadon Sancho

Perpindahan Jadon Sancho ke Manchester United dianggap sebagai antara pembelian yang mencuri tumpuan dunia oleh kelab tersebut.

Umurnya masih muda, dan di Bundesliga Sancho telah pun menunjukkan kualitinya sebagai pemain yang bertaraf tinggi.

England adalah punca

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke, beliau begitu kecewa melihat Sancho kini dipinggirkan dalam skuad United.

Beliau berasakan England adalah punca kenapa pemain itu tidak mampu menyerlah dalam skuad United.

“Saya rasakan masalah kurangnya penglibatan Sancho dalam skuad England menjadi punca beliau tidak menyerlah di United.”

“Saya masih lagi mengikuti perkembangan beliau dan ianya melukakan hati saya kerana Sancho sering dipinggirkan,” kata Watzke menerusi Sky Sports.

Kenyataan Watzke itu dilihat ada asasnya kerana Sancho dilihat hanya beraksi sekali sahaja untuk England dalam kempen Euro 2020.

Sancho mangsa keadaan?

Untuk rekod, Sancho musim ini hanya beraksi penuh sekali sahaja untuk United.

Selebihnya beliau diketepikan oleh Ole Gunnar Solskjaer dengan pengurus itu lebih memilih Mason Greenwood berbanding beliau.

Greenwood yang sudah menjadi pilihan Solskjaer sejak musim lalu membuatkan Sancho semakin sukar untuk merampas tempanya.

Selain itu, ketibaan Cristiano Ronaldo juga membuatkan pemain ini semakin sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Ronaldo sememangnya lebih selesa beraksi di bahagian sayap kiri, tetapi untuk kualiti yang ada pada beliau membolehkan dirinya diletakkan di mana-mana bahagian serangan.

Walaupun masih berusia 21 tahun dan dianggap muda, Sancho dilihat sebagai pemain senior seperti Kylian Mbappe dalam skuad Paris Saint-Germain dan Perancis.

Minit permainan buatnya ketika ini amat penting dalam memastikan pembangunan sebagai pemain akan terus terlaksana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN