Enam Pemain United Bakal Dijual Untuk Dana Pembelian Pemain Baharu

Manchester United Bruno Fernandes

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan bersedia untuk menjual enam orang pemainnya bagi mendapatkan dana untuk membeli tiga pemain baharu termasuk Jadon Sancho.

Skuad The Red Devils itu kini dalam landasan terbaik untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat pasukan terbaik selepas mempamerkan peningkatan prestasi sejak saingan liga kembali bersambung dengan menang empat dan seri dua perlawanan.

Bagaimanapun, kelab tersebut kini bukan lagi hanya mahu bersaing merebut kedudukan empat pasukan teratas, tetapi menyasarkan untuk menjuarai EPL dan ia memerlukan perbelanjaan besar bagi mendapatkan beberapa pemain baharu.

Menurut laporan The Telegraph, United mahu menjual enam pemainnya pada musim panas ini dengan Alexis Sanchez, Chris Smalling, Marcos Rojo, Phil Jones, Jesse Lingard dan Diogo Dalot telah dimasukkan dalam senarai untuk dijual.

Sebagai balasan, Solskjaer berharap pihak kelab dapat membawa masuk penyerang Borussia Dortmund, Jadon Sancho serta seorang pemain pertahanan tengah dan seorang penyerang.

Dengan impak kewangan yang melanda kebanyakan pasukan disebabkan pandemik, wang hasil jualan enam pemain itu tentunya dapat menampung dana yang diperlukan.

Penjualan Sanchez menjadi fokus utama memandangkan pemain tersebut menerima gaji tertinggi di Old Trafford sebanyak £350,000 seminggu dan beberapa bonus lain.

Musim ini pemain Chile tersebut telah dipinjamkan ke Inter Milan dan telah mempamerkan prestasi yang agak memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Smalling dan Rojo juga masing-masing dipinjamkan ke Roma dan Estudiantes. Dua pemain tersebut mungkin akan dibeli secara tetap pada musim panas ini.

Masa depan Jones di United juga semakin samar selepas terlalu kerap dilanda kecederaan dengan West Ham United dikatakan berminat untuk mendapatkannya dan juga Lingard yang semakin sukar untuk mendapatkan tempat sejak ketibaan Bruno Fernandes.

Dalot pula gagal bersaing dengan Aaron Wan-Bissaka di posisi pertahanan kanan sepanjang musim ini dengan dua pemain muda, Brandon Williams dan Ethan Laird kini juga menjadi pilihan untuk beraksi di posisi tersebut. Kemungkinan besar pemain Portugal itu akan kembali bergabung dengan  Jose Mourinho di Spurs.

Solskjaer kini berharap dapat mengukuhkan bahagian pertahanan tengah dengan mendapatkan sama ada Kalidou Koulibaly dari Napoli atau Milan Skriniar dari Inter Milan.

Sekalipun Anthony Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood kini berada pada prestasi terbaik dengan rekod jaringan yang cukup hebat musim ini, Solskjaer berpendapat beliau masih memerlukan seorang penyerang tulen untuk mengurangkan beban penyerang tiga serangkai itu.

Semuanya demi memastikan United mampu mencabar Liverpool untuk kejuaraan EPL musim depan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN