Enam Kelab Sedia Saman Premier League Jika Liga Batal

Kerjasama Semuanya BOLA

Enam kelab teratas di Liga Championship kini bersedia untuk mencabar Premier League menggunakan perundangan sekiranya badan penganjur itu gagal memberikan tiga slot promosi pada musim hadapan.

Sebelum ini terdapat ura-ura saingan Liga Perdana Inggeris musim ini akan dibatalkan sekali gus bermakna EPL tidak akan mempunyai juara dan tiga pasukan bawahan turut akan dikekalkan.

Menurut laporan oleh The Times, enam kelab yang dimaksudkan itu adalah Leeds, West  Brom, Fulham, Brentford, Nottingham Forest dan juga Preston.

Jika kedudukan liga kekal, keenam-enam kelab layak menerima promosi ke Premier League sekurang-kurangnya melalui saingan play-off.

Malah hierarki tertinggi pengurusan enam kelab tersebut turut telah mengadakan mesyuarat rahsia sesama mereka untuk memungkinkan tindakan tersebut pada Isnin lalu.

Kelab-kelab dari Championship ini dikatakan sedar akan niat beberapa kelab di Premier League yang mahu saingan liga dibatalkan di sebalik alasan penularan wabak Covid-19.

Oleh kerana itu, keenam-enam kelab tersebut juga terdesak agak Liga Championship ditamatkan sebagaimana sepatutnya, dan diberikan tiga slot promosi ke Liga Perdana Inggeris.

Cadangan sebelum ini hanya memberikan dua pasukan dari Championship untuk dipromosi.

Sekiranya musim ini dibatalkan, ia akan membawa implikasi kewanangan yang besar kepada kelab yang dinafikan promosi melibatkan keuntungan sekitar £200 juta.

Tiga kelab yang berada di zon penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada ketika ini adalah Norwich City, Aston Villa dan Bournemouth.

Satu perjumpaan melibatkan kesemua 20 wakil kelab dijangka akan diadakan pada Khamis ini untuk memutuskan perjalanan liga pada musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Premier League:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram