Emre Can: Juventus Tidak Akan Memberikan Sebarang Layanan Istimewa Kepada Ronaldo

Datang sebagai status mega bintang, tidak semestinya membuatkan Cristiano Ronaldo akan diberi layanan paling istimewa di Juventus.

Kelab Juventus kekal dengan polisi untuk tidak memberi layanan istimewa buat mana-mana pemain mengikut ‘darjat’, sebaliknya setiap pemain akan dianggap sebagai sama di dalam satu keluarga.

Ronaldo merupakan salah satu pemain yang dibeli oleh Juventus pada awal musim 2018/19 ini. Media Sepanyol melaporkan perpindahan pemenang lima kali gelaran Ballon’d Or itu telah mencapai sebanyak 105 juta euro (RM494.65 juta), menjadikan rekod pembelian paling termahal dalam sejarah kelab Juvetus.

Pemain berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan perjanjian gaji sebanyak 30 juta euro (141.27 juta) semusim.

Tidak istimewa

Emre Can yang merupakan rakan sepasukan Ronaldo di Juventus mendedahkan bahawa, tidak ada seorang pemain yang akan mendapat layanan istimewa oleh pihak kelab.

Can berkata, situasi ini pernah dialaminya ketika di Liverpool. Kesemua pemain akan diberikan penerangan awal mengenai kedudukan di Juventus dan atas persetujuan bersama, biarpun dapat memberikan sumbangan besar kepada pasukan.

ALLIANZ STADIUM, TORINO, ITALY – 2019/02/15: Cristiano Ronaldo of Juventus FC during the Serie A football match between Juventus Fc and Frosinone Calcio.
Juventus Fc wins 3-0 over Frosinone Calcio. (Photo by Marco Canoniero/LightRocket via Getty Images)

Ia (Juventus) adalah sebuah kelab yang penuh dengan unsur kekeluargaan,” kata Can

Beliau yang menyertai Juventus pada penghujung musim lalu berkata, sikap kelab Juventus yang memberi layanan sama rata keatas pemain sama seperti ketika beliau bersama Liverpool sebelum ini.

“Saya menemukan banyak persamaan seperti ini ketika di Liverpool, terutama semangat di bilik persalinan.”

“Saya gembira di Juventus. Kepentingan individu lebih kecil dari kelab. Ini perkara sukar untuk ditemui, saya sering bercakap dengan pemain lain di pasukan lain dan mereka berkata ia sangat berbeza.”

TURIN, ITALY – FEBRUARY 15: Cristiano Ronaldo of Juventus in action during the Serie A match between Juventus and Frosinone Calcio at Allianz Stadium on February 15, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

“Ronaldo bermain di sini, dia adalah pemain terbaik dunia, tetapi di bilik persalinan, dia sama dengan pemain lain. Semua orang berada di tahap yang sama, tiada kelebihan diberikan kepada mana-mana pemain. Kesannya sangat besar, apabila kami berlatih atau beraksi, kami berada dalam mood yang betul,” jelas Can.

Setakat ini, Ronaldo mendahului senarai penjaring terbanyak Serie A dengan berjaya menjaringkan 19 gol dari 24 perlawanan.

Juventus mengukuhkan kedudukan puncak Serie A dengan melebarkan jarak 14 mata dari Napoli yang berada dikedudukan kedua liga.

Selepas ini, Juventus bakal berdepan Atletico Madrid dalam perlawanan pertama aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara, yang dijadualkan akan berlangsung pada, 21 Febuari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN