Emre Can Berkongsi Kisah Kecil, Mengangkat Zinedine Zidane Sebagai Idolanya

Pemain tengah Juventus, Emre Can mengakui dia sentiasa menganggap Zinedine Zidane sebagai idolanya sejak kecil kerana banyak belajar bagaimana untuk menjadi seorang pemain hebat dalam dunia bola sepak daripada ikon bola sepak Perancis tersebut.

Beliau begitu teruja untuk berkongsi kisah masa kecilnya yang dipenuhi dengan kehebatan serta kemasyuran Zidane yang dianggapnya sebagai legenda bola sepak sepanjang zaman.

Can menceritakan bahawa beliau pernah beranggan-angan menjadi ‘watak’ Zidane semasa bermain bola sepak dengan rakan-rakannya.

TURIN, ITALY – MARCH 28: Juventus player Emre Can gestures during a training session at JTC on March 28, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Menurut Can yang kini berusia 25 tahun, ketika generasinya [zaman kanak-kanak], nama-nama seperti Ronaldinho, Thierry Henry, Ronaldo, Adriy Shevchenko, Deco, Kaka, Michael Ballack ataupun Wanye Ronney adalah nama ikonik yang sering disebut dan diidolakan oleh semua orang.

Namun, Can tetap menjadikan Zidane sebagai idola nombor satu kerana kagum dengan cara pemenang Piala Dunia 1998 itu bermain bola sepak.

Zinedine Zidane of France during the Soccer World Cup Final between Brazil and France on July 12 1998 in Paris Saint Denis, France.
Photo : Eric Renard / Onze / Icon Sport

“Ketika anda bermain di jalanan, pada generasi saya, anda boleh menjadi Zidane atau Ronaldo,” kata Can dipetik menerusi Goal.

“Saya adalah Zidane, dia adalah pemain pilihan serta idola saya. Caranya menyentuh bola sangatlah luar biasa.”

Selain bermain bola dijalanan, Can juga memiliki hobi nakal bersama rakan-rakannya.

“Sebagai seorang kanak-kanak, anda juga perlu memanjat pokok dan menyakitkan kaki anda. Ia adalah satu-satunya cara untuk membesar. Pada hujung minggu kami [bersama rakan-rakan] berada di luar rumah dari 10 pagi hingga 7 malam.”

“Itulah masa terbaik bagi saya, walaupun ibu saya marah kerana dia mempunyai begitu banyak pakaian untuk dibasuh,” kata Can sambil berseloroh.

Sebab Zidane

Can berpindah dari Liverpool untuk menyertai Juventus pada tahun 2018 dan menandatangani perjanjian kontrak selama empat tahun bersama kelab Turin itu.

Menurut pendedahan TalkSport, perpindahan Can turut didorong rasa kagumnya terhadap Juventus sejak sekian lama, termasuk menyaksikan idolanya Zidane yang pernah beraksi bersama kelab Itali itu selama 6 tahun bermula 1996 hingga 2001.

08 SEP 1996: REGGIO EMILIA, SERIE A, REGGIANA vs JUVENTUS 1-1. ZINEDINE ZIDANE of Juventus in action

Ketika bercakap di sidang media pertamanya di Turin satu masa dahulu, Can pernah berkata, “Saya memutuskan untuk datang ke sini [Juventus] kerana saya fikir projek di sini sangat besar. Mereka mempunyai tujuan yang sangat besar. Saya mahu menjadi sebahagian daripada projek ini.”

“Saya sangat gembira berada di sini. Saya tahu bagaimana untuk bermain di Juventus, saya melihat banyak permainan musim lepas. Selain itu, salah satu faktornya adalah Zidane yang pernah bermain di sini juga.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram