Empayar Bangi FC Tumbangkan Juara Bertahan, Terrapins 1-0

Perlawanan di antara Empayar Bangi FC menentang juara bertahan, Terrapins FC merupakan perlawanan yang dinantikan pada minggu ini.

Ramai yang ingin melihat bagaimana permainan Terrapins pada musim ini dengan skuad baru mereka.

Empayar pula membuat penampilan sulung mereka di dalam SCL2017. Walau bagaimanapun, Empayar telah membina reputasi yang cukup baik selaku juara KVL Gombak dan keputusan pre-season yang mantap.

Empayar berjaya mengawal permainan pada malam semalam.

Formasi 3-5-2 yang dilaksanakan oleh Fadhli, pengurus Empayar memberi mereka kelebihan untuk mengawal bola di bahagian tengah dan membuka perlawanan Terrapins apabila bek sayap mereka hadir ketika menyerang.

Empayar turut menurunkan pemain berumur 21 tahun, Aiman Hakim untuk mengetuai bahagian serangan mereka.

Dalam perlawanan separuh masa pertama, pemain sayap Empayar, Abdul Hadi membuat larian cantik memecut ke arah gol dan berjaya membuat hantaran kemas.

Namun peluang keemasan untuk Empayar menjaringkan gol pertama diselamatkan oleh penjaga gol Terrapins, Shahrul Zafidi. Terrapins memilih formasi 4-5-1 menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bola dalam separuh masa pertama.

Pemain terbaik musim lalu, Ahmad Shafeez atau nama gelaran beliau, Sid, kelihatan kurang menyerlah pada babak pertama. Separuh masa pertama tamat 0-0.

Dalam separuh masa kedua, pemain pertahanan Terrapins, Mudhairi Musa dilayangkan kad kuning kedua apabila menarik pemain Empayar di dalam kotak penalti.

Penjaga gol terrapins, Shahrul Zafidi yang cukup cemerlang pada perlawanan ini, sekali lagi menyelamatkan Terrapins apabila menepis keluar sepakan penalti dari Empayar.

Pemain tengah Empayar, Don Faris memenangi sepakan percuma di luar kotak penalti setelah menggelecek 3 pemain Terrapins, namun sepakan percuma ini disia-siakan.

Akhirnya pada minit ke-54, Empayar berjaya membolosi gawang gol Terrapins dengan gameplay yang baik, mnegecewakan Shahrul Zafidi yang cukup cemerlang sebelum ini.

Terrapins cuba untuk kembali mengejar permainan selepas gol Empayar. Walaupun bermain dengan hanya 10 orang, Terrapins berjaya mengawal sedikit perlawanan tersebut untuk mencari gol penyamaan.

Sid dari Terrapins menerima beberapa hantaran tetapi tidak dapat mencari gol untuk pasukannya. Juara bertahan, Terrapins tumpas kepada Empayar FC pada perlawanan pertama mereka. Mungkin mereka boleh mengutip mata pada perlawanan seterusnya apabila bertemu dengan Rebel FC, finalis SCL2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN