Empat Pemain Yang Sepatutnya Man Utd Tandatangani Berbanding Van de Beek

Empat pemain

Empat pemain yang sepatutnya Man Utd tandatangani berbanding Van de Beek, memandangkan Ole Gunnar Solskjaer sendiri tidak begitu menggunakan khidmat bintang Belanda itu.

Manchester United melengkapkan perpindahan Donny van de Beek pada Ogos tahun lalu dari Ajax dengan yuran perpindahan bernilai €39 juta.

Pada awalnya, ia dilihat seolah-olah rundingan perpindahan yang menjadi impian kedua-dua belah pihak, namun kini semuanya sudah mula berubah.

Sebagai seorang pemain midfield yang berbakat, nama Van de Beek ketika beraksi bersama Ajax telah berjaya mencuri perhatian kebanyakan kelab gergasi di benua Eropah.

Beliau ketika itu menunjukkan kreativiti yang sungguh mengagumkan dan Van de Beek turut dikenali sebagai seorang pemain yang mempunyai reputasi yang mengagumkan atas impak beliau.

Selepas lebih setahun di Old Trafford, Van de Beek hanya mampu membuat 39 penampilan sahaja bersama United, dan kebanyakan darinya beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dek kerana minit permainan yang sedikit, beliau juga gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Sepanjang kariernya di Old Trafford, bekas bintang Ajax itu hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja.

Terdapat banyak persoalan pada awalnya tentang bagaimana sebenarnya Ole Gunnar Solskjaer bakal menggunakan khidmat bintang Belanda itu di barisan midfieldnya.

Segala persoalan itu sememangnya masuk akal, memandangkan United sudah memiliki pemain seperti Bruno Fernandes dan Paul Pogba yang dijamin tempat mereka dalam kesebelasan utama skuad.

Musim ini, semakin ramai yang mempertikaikan keputusan United tentang mengapa mereka menandatangani Van de Beek.

Tanpa membincangkan tentang mengapa de Beek ditandatangani, berikut merupakan senarai empat pemain yang sepatutnya Manchester United tandatangani berbanding Van de Beek.

4. Denis Zakaria – Borussia Monchengladbach

Denis Zakaria tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain midfield paling underrated dalam dunia bola sepak ketika ini.

Beraksi bersama Borussia Monchengladbach dalam saingan Bundesliga, Zakaria berjaya mencuri perhatian ramai peminat di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau ditandatangani dari Young Boys pada tahun 2017, dengan pemain kebangsaan Switzerland itu dianggap sebagai prospek masa hadapan yang sangat menakjubkan.

Zakaria bermain lebih kepada defensive midfielder, dan beliau berjaya membina reputasi sebagai seorang pemain yang sering mendominasi bahagian midfield setiap kali diturunkan beraksi.

Berketinggian enam kaki tiga, beliau dianggap antara pemain midfield yang mempunyai kemampuan fizikal paling mengagumkan.

Zakaria juga mempunyai kemampuan dalam mematahkan gerakan lawan, dan turut memiliki kualiti hantaran yang sungguh mengagumkan dalam menghantar bola kepada rakan sepasukannya.

Bintang Switzerland itu dianggap antara pemain paling berpotensi untuk menjadi bintang handalan dalam dunia bola sepak satu hari nanti.

Baru berusia 24 tahun, beliau jelas sekali mempunyai perjalanan karier yang masih panjang.

Melihat kepada masalah di posisi pertahanan terutama defensive midfielder, Manchester United jelas sekali lebih memerlukan pemain seperti Zakaria.

3. Ruben Neves – Wolverhampton Wanderers

Ruben Neves senantiasa memberikan impak yang sungguh mengagumkan setiap kali beliau beraksi, dari awal beliau ditandatangani oleh Wolves pada tahun 2017 yang lalu.

Dalam tempoh empat tahun, beliau telah berjaya mengukuhkan tempatnya sebagai pemain yang akan sentiasa berada dalam kesebelasan utama skuad.

Salah satu nama yang sentiasa muncul dalam senarai utama skuad, Neves telah mempamerkan aksi persembahan yang konsisten dan memberikan impak seperti yang diharapkan.

Berperanan di posisi defensive midfielder, Neves dilihat sering membina gandingan yang sempurna di antara pertahanan dan jentera serangan.

Neves mempunyai kualiti hantaran jauh yang sangat menakjubkan, dan beliau juga mempunyai kualiti ketepatan hantaran yang terbaik berbanding semua pemain Wolves.

Neves juga mempunyai kemampuan dalam melakukan asakan serta menekan pemain lawan dan beliau juga memiliki kemampuan melakukan hantaran pendek yang sangat tepat.

Pemain berusia 24 tahun itu telah dikaitkan dengan bakal menyertai beberapa kelab lain pada musim panas ini, namun tiada perjanjian yang berjaya dimuktamadkan.

Dengan Red Devils ketika ini jelas ketiadaan pemain berkualiti di posisi DM, Neves jelas sekali pemain paling ideal untuk ditandatangani berbanding Van de Beek.

Satu hal yang pasti, Neves jelas bakal meletakkan Fred di bangku simpanan, seandainya United menandatanganinya.

2. Yves Bissouma – Brighton & Hove Albion

Yves Bissouma dengan segera memacak nama beliau sebagai salah seorang pemain midfield terbaik dalam saingan Premier League.

Mewakili Brighton and Hove Albion, beliau membuktikan dirinya merupakan pemain terpenting dalam sistem Graham Potter.

Bissouma jelas sering melakukan pintasan dan tackle di waktu yang tepat, dan beliau juga sering mencatatkan statistik yang sungguh mengagumkan.

Pencapaian beliau sejak musim lalu benar-benar mengagumkan, tidak ada pemain yang mampu mencatatkan tackle dan pintasan yang lebih banyak berbanding Bissouma.

Beliau berjaya memahat namanya sebagai salah seorang pemain midfield terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Pemain berusia 25 tahun itu memikul skuad Brighton di atas bahunya, dengan beliau jelas menjadi nadi penting sebalik kejayaan skuadnya pada ketika ini.

Liverpool dan Arsenal antara dua pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat Bissouma, namun Brighton berjaya mengekalkan pemain terbaik mereka itu.

Dengan jendela perpindahan Januari akan dibuka tidak lama lagi, tidak ada keraguan lagi yang akan lebih banyak kelab yang akan mencuba nasib untuk mendapatkan khidmatnya.

Satu hal yang pasti, walau Bissouma jelas pemain paling sesuai untuk United, namun Red Devils bakal berdepan cabaran besar untuk mendapatkan tandatangannya selepas ini.

1. Declan Rice – West Ham United

Declan Rice seperti semua sedia maklum, beliau pada ketika ini dianggap sebagai pemain midfield terhebat yang beraksi dalam saingan bola sepak Inggeris.

Bintang West Ham United itu telah menikmati karier yang sungguh menakjubkan bersama The Hammers, dengan beliau berjaya berkembang dengan sangat baik di London Stadium.

Di usia yang masih muda, Declan Rice telah diberi penghargaan untuk menjadi vice-captain dengan beliau dianggap mempunyai ciri kepimpinan yang sangat bagus.

Rice mempunyai kualiti dalam menekan pemain lawan dan turut mempunyai kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan.

Bermain di posisi defensive midfielder, Rice dianggap sebagai salah seorang pemain berkelas dunia. Beliau turut menjadi nadi penting dalam skuad kendalian Gareth Southgate ketika saingan Euro 2020 pada musim panas lalu.

Kecemerlangan beliau di bahagian tengah telah membantu skuad The Three Lions untuk mara sehingga ke aksi perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Masih berusia 22 tahun, bintang muda England itu jelas sekali menjadi pemain paling dikehendaki oleh pelbagai kelab dalam saingan Premier League.

Chelsea antara pasukan paling berminat untuk mendapatkan khidmatnya, dan pada musim panas lalu, The Blues hampir saja untuk mendapatkan khidmatnya.

Rice jelas sekali mempunyai ciri-ciri pemain yang paling United mahukan pada ketika ini, dengan beliau masih muda, pemain Inggeris dan terbukti berkualiti.

Kepimpinan beliau dan skill bola sepaknya jelas merupakan yang terbaik dari yang terbaik, dengan tidak diragukan lagi, pemain berusia 22 tahun tentunya bakal beraksi bersama pasukan lebih besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply