Empat Pemain Kelab Brazil Maut Dalam Nahas Kapal Terbang

Brazil

Sesungguhnya, malang itu tidak berbau.

Sebuah pesawat yang membawa skuad bola sepak Palmas di Brazil telah terhempas dan menyebabkan beberapa orang maut.

Palmas yang beraksi di divisyen keempat Brazil, kehilangan empat pemain mereka dalam nahas tersebut termasuklah presiden kelab mereka Lucas Meira turut terkorban.

Antara mangsa-mangsa lain adalah pemain bernama Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari.

“Disaat yang penuh dengan kesedihan dan keperitan, pihak kelab memohon agar didoa dititipkan kepada ahli keluarga yang juga akan diberikan sokongan yang sepatutnya,” kata pihak kelab menerusi laman News Straits Times.

Pesawat ringan yang dinaiki mereka adalah dalam perjalanan dari Tocantins ke Goiania dan malangnya buat mereka pesawat tersebut terhempas dari langit sebaik sahaja ianya meninggalkan landasan.

Pesawat tersebut kemudiannya tidak dapat melakukan pendaratan cemas lalu terhempas dan mengorbankan semua penumpang termasuklah juruterbang.

Kami di Semuanya BOLA bersimpati dengan apa yang terjadi dan berharap semua yang terlibat di Palmas tabah menghadapi dugaan ini.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Samba:

Mengaku Bersalah, Ronaldinho Kini Bebas Untuk Kembali Ke Brazil (semuanyabola.com)

Skuad Piala Dunia 1982 Brazil, Itali Berganding Bahu Lawan COVID-19 (semuanyabola.com)

Neymar & Thiago Silva Balik Ke Brazil Sebelum Perancis ‘Lockdown’ (semuanyabola.com)

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

Leave a Reply