Emmanuel Adebayor Dilantik Sebagai Ketua Puak Di Togo, Turut Impikan Aksi Di UCL

Emmanuel Adebayor seakan-akan sudah memulakan langkah pertama menuju bidang pengurusan. Namun ia bukanlah di dalam bidang bola sepak seperti yang kita jangkakan.

Bekas bintang Arsenal, Manchester City dan Totenham Hotspurs ini menerima penghormatan luar biasa apabila dilantik sebagai ketua puak di negara asalnya Togo awal minggu ini tadi.

Anda pernah membayangkan bagaimana seorang pemain bola sepak menjadi ketua puak kepada sebuah suku?

Adebayor yang juga merupakan ketua pasukan skuad kebangsaan Togo kelihatan memakai sejenis jubah milik suku kaum di Togo di dalam sebuah gambar.

Perlantikkan Emmanuel Adebayor sebenarnya telah dilakukan oleh Togbul Ehon V, seorang pemimpin puak di sebuah bandar, Kpalime.

Kpalime adalah sebuah bandar di Togo, 120 km daripada Lome namun berjarak hanya 15 km daripada sempadan Ghana.

Perlantikkan Adebayor sebagai ketua puak sebenarnya merupakan simbolik penghargaan daripada bandar Kpalime atas usaha kemanusiaan yang dilakukan oleh pemain tersebut.

Pemain tersebut berjanji untuk membantu 90 orang kanak-kanak selama setahun.

(Photo credit should read PIUS UTOMI EKPEI/AFP/Getty Images)

Adebayor pada hari ini telah menyertai sebuah kelab di Turki, Istanbul Basaksehir pada Januari yang lalu.

Perpindahan ke Turki terjadi selepas beliau gagal menyinar dalam penyertaan singkatnya bersama Crystal Palace.

Istanbul Basaksehir bukanlah pasukan pilihan di dalam Super Lig, Turki. Namun Adebayor telah membantu pasukannya melayakkan diri ke peringat kelayakkan UEFA Champiions League pada musim hadapan.

Emmanuel Adebayor dan pasukannya pasti ingin bermain di peringkat kumpulan pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Kini mereka mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

(Photo by Isa Terli/Anadolu Agency/Getty Images)

Istanbul Basaksehir telah melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakkan UEFA Champions League untuk saingan musim 2017-2018.

Perlawanan kelayakkan untuk pusingan ke-3 pertandingan bola sepak kelab eropah ini akan diadakan pada minggu terakhir bulan Julai.

Perlawanan timbal balik pula akan diadakan pada minggu pertama bulan Ogos.

Mampukah Emmanue Adebayor mengetuai pasukannya layak ke peringkat kumpulan UEFA Champions League?Jawapan untuk itu, kita perlu tunggu dan lihat.


Sumber:

1. Rahman Osman, citifmonline (2017): Former Arsenal star Emmanuel Adebayor installed chief in native Togo;
https://citifmonline.com/2017/06/23/former-arsenal-star-emmanuel-adebayor-installed-chief-in-native-togo/

2. Goal.com (2017): Champions League 2017-18: Qualifying rounds & teams explained;
http://www.goal.com/en/news/1716/champions-league/2017/06/12/35210382/champions-league-2017-18-qualifying-rounds-teams-explained

3. Mutala Yakubu, Prime News Ghana (2017): Footballer Emmanuel Adebayor installed chief in native Togo;
https://www.primenewsghana.com/sports/footballer-emmanuel-adebayor-installed-chief-in-native-togo.html

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply