Elie Aiboy: Kisah ‘The Flying Papuan’ Yang Menjadi Nadi Treble 2005 Selangor

Ketika Selangor memenangi treble terakhir mereka pada 2005. Arkitek penting mereka ialah Elie Aiboy, manakala pemusnah mereka adalah Bambang Pamungkas. 2 pemain yang didaftarkan atas kapasiti pemain import.

Dahulu tak ada pembahagian kuota Asia dan bukan Asia. Jadi ramai pada awalnya sangsi dengan usaha FAS untuk mendapatkan Elie-Bepe/BP (Bambang Pamungkas), sama ada ia memang untuk footballing reason atau gate collection ?

Karier awal

Beliau memulakan karier profesinonal pada 1997 dengan PSB Bogor. Setelah semusim bersama kelab ini, Elie ke Persipura Jayapura iaitu kelab yang disokong beliau dari kecil kerana ia adalah kelab tempat kelahiran beliau.

Selepas itu beliau ke Semen Padang dan ke kelab gergasi Persija Jakarta. Disinilah bakat Elie Aiboy dicungkil untuk dibawa oleh pengurusan Selangor ke Liga Malaysia bersama dengan Bambang Pamungkas.

Ke Selangor dan menjadi nadi treble 2005

Menyertai Selangor adalah satu pengalamn baru untuk winger yang cuma berketinggian 172 cm ini. Beliau terus menjadi pemain utama dalam skuad Selangor setalah aksi cemerlang pada penampilan pertama beliau.

Aksi gelecekan dan kelajuan luar biasa pada beliau memang sangat signifikan. Mulai ramai mata tertumpu akan bakat kelahiran Papua ini. Elie Aiboy adalah pemain yang laju dengan ataupun tanpa bola di kaki beliau.

Elie Aiboy adalah pemain yang sangat disiplin dan kuat dari segi mental, fizikal dan teknikal.

Beliau membantu Selangor menjuarai Liga dan Piala FA sebagai kejuaraan pertama beliau bersama Gergasi Merah.

Dalam aksi Final Piala FA, Elie Aiboy muncul antara penjaring dalam kemenangan 4-2 Selangor ke atas Perak. Ia adalah ‘sweet goal’ melalui rembatan dari jarak 25 meter untuk gol kedua Selangor.

2 bantuan gol dalam final Piala Malaysia 2005

Elie Aiboy menjadi watak penting disebalik hattrik Bambang pada final Piala Malaysia 2005. 2 hantaran lintang beliau menjadi assist kepada kepada 2 gol pertama Bambang Pamungkas.

Inilah sorotan final yang digelar final Bambang Pamungkas.

Ia sekaligus melengkapkan kenangan indah Selangor. Elie Aiboy membantu Selangor mendakap Treble terakhir mereka pada 2005. Selangor dan Perlis pada ketika itu masing masing dibarisi generasi emas mereka.

Ini adalah senarai pemain kedua-dua pasukan dalam final tersebut:

Selangor – Jamsari Sabian, Ahmad Tarmini Saiban, D. Surendran, Nazrulerwan Makmor, P. Gunalan, Brian Fuentes, Elie Aiboy, K. Sanbagamaran, Muhammad Shukor Adan, Mohd. Amri Yahyah (Nazzab Hidzan), Bambang Pamungkas.

Kredit foto: Chedinsphere

Perlis – Amran Omar, Joao Bandoch, Muhamad Kaironnisam, Zainuddin Ariffin, Mohd. Nazaruddin Md. Zain, Manzoor Azwira (Azi Shahril Azmi), Azizi Mat Rose, Mohd. Feriza Ismail, Mohd. Khairi Zainuddin, Yusri Che Lah, Philimon Chipeta, Zacharia Simukonda.

Ia adalah pelengkap kepada kegemilangan kempen Selangor dan juga testimoni kehebatan Elie Aiboy dalam pasukan Selangor. Pemain yg sentiasa bekerja 120% di dalam padang demi pasukan.

Corak permainan

Dalam kualiti liga Malaysia atau Asia Tenggara, pada ‘peak’ terbaik beliau, kita boleh labelkan Elie Aiboy antara benchmark/penanda aras pemain sayap berkualiti pada ketika itu atau hari ini.

Produk dari Indonesia ini amat suka menewaskan Pihak lawan dengan larian deras dan stamina yang tinggi. Pihak lawan akan bermasalah jika bermain di garisan tinggi jika Elie Aiboy ada di dalam padang.

Kemampuan dan kebiasaan beliau untuk bermain di permukaan padang yang pelbagai di Indonesia dan ketika remaja menjadikan Elie Aiboy boleh mengawal bola dengan baik dalam apa jua keadaan padang.

Elie Aiboy adalah tipikal no.11 klasik yang laju dan boleh melakukan gol dan tugas utama sebagai pembekal kepada no.9.

Antiklimaks 2006

Terlalu sekejap kegemilangan beliau dan Bambang di Selangor. FAS mengambil keputusan yang saya rasakan antara keputusan paling ‘kejam’ dalam pengurusan Selangor.

Ini apabila FAS ketika itu menyingkirkan semua pemain import bersama sama dengan bereberapa nama pemain tempatan setelah tiada trofi pada 2006 (trophyless).

Selangor dengan yang pada ketika itu mungkin memiliki antara tonggak import terbaik sepanjang zaman, dengan Elie-Bambang dan Brian Fuentes turut ada dalam pasukan.

Selepas tidak disambung perkhidmatan, Elie Aiboy kembali ke Indonesia dan menyertai Arema Malang.

Namun cintanya terhadap Selangor sentiasa ada dan menyertai semula pada 2007 namun beliau gagal memberikan impak dalam skala yang sama seperti sebelum ini.

Elie Aiboy kembali semula ke Indonesia dan menyertai berberapa pasukan di sana.

‘Performance is temporary, class is permanent’

Walaupun beliau cuma memberikan gemilang 1 musim (1 season wonder) dengan Selangor, namun di hati peminat Selangor beliau tetap pemain istimewa.

Beliau menjadi pemain penting Indonesia sejak dari pasukan remaja dan senior. Kualiti Elie Aiboy memang eksklusif untuk diketengahkan. Beliau antara sebab kenapa Selangor mulai diikuti dengan lebih meluas di Indonesia.

Bintang baru Selangor selepas itu, Andik Vermansyah sendiri pernah menyatakan beliau terkesan dengan kegemilangan Elie Aiboy dan Bambang Pamungkas dan mahu jadi seperti mereka dalam pasukan merah kuning.

Notasi terbaik sudah pasti Treble pada 2005 dan Elie Aiboy adalah arkitek penting dalam pasukan Selangor yang diperkuatkan dengan antara generasi pemain Asia Tenggara terbaik termasuk Shukor Adan, Amri Yahyah dan ramai lagi.

Agak sukar untuk melihat kualiti seperti ini ada dalam pasukan, kualiti yang lengkap sebagai pahlawan fizikal, teknikal dan mental di dalam padang.

Aksi Elie Aiboy bukan sahaja dirindui oleh penyokong Selangor malah dirindui oleh peminat dan pemerhati Liga Malaysia. Beliau dihormati kawan dan lawan kerana etika kerja dan profesionalisme.

Beliau masih lagi menjadi rujukan utama pemain-pemain generasi baru Indonesia yang berkarier di Malaysia kerana beliau adalah simbol kepada salah satu watak berpengaruh dalam kancah bola sepak kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN