Elavarasan Akui Tidak Sambung Kontrak Dengan Melaka United

Elavarasan

Hasrat pasukan Melaka United untuk menggunakan khidmat jurulatih berpengalaman, E. Elavarasan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan tidak menjadi kenyataan apabila beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai pengendali pasukan itu.

Elavarasan sempat membimbing Melaka United selama empat bulan dan berjaya membawa pasukan itu keluar dari zon penyingkiran Liga Super. Malah, beliau berjaya membawa peningkatan yang positif dalam corak permainan skuad Hang Tuah itu.

Beliau dibawa oleh Naib Presiden Melaka United, Datuk Yusoff Mahadi bagi menggantikan Eduardo Almeida dan masih mempunyai kontrak sehingga November ini.

“Saya dibawa ke Melaka oleh Datuk Yusoff Mahadi dengan sasaran menyelamatkan pasukan itu daripada jatuh ke Liga Perdana dan saya gembira kerana berjaya melakukannya.

“Ketika saya mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada pertengahan musim, Melaka menduduki tangga ke-10 dengan hanya sembilan mata. Kami mengakhiri musim 2018 di tangga ketujuh dengan 31 mata.

“Ia suatu pencapaian yang membanggakan dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pengurusan, terutama Datuk Yusof, juga pemain yang memberi sepenuh komitmen sepanjang saya mengendalikan pasukan itu,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Lee Chang Hoon

Walaubagaimanapun, bekas jurulatih Terengganu FC itu enggan memikirkan tawaran pasukan lain kerana perlu menumpukan perhatian kepada kursus kejurulatihan.

“Saya belum putuskan apa-apa kerana masih ada kontrak bersama Melaka sehingga penghujung bulan November. Mungkin selepas itu baru saya akan fikirkan.

“Buat masa ini, saya mahu menumpukan perhatian kepada kursus kejurulatihan bagi melayakkan saya mendapat lesen pro A,” katanya.

Baru-baru ini, pengurusan Melaka United dilaporkan mengadakan rundingan dengan pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, namun jurulatih berkenaan mengambil keputusan kekal bersama pasukannya.

Mereka juga cuba memancing penolong jurulatih FELDA United, Nizam Jamil yang pernah membawa SPA FC muncul sebagai juara Liga FAM namun tiada rundingan yang dicapai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN