Elak Dipecat Barcelona, Victor Valdes Pilih Tutup Mulut Isu Neymar

Lebih baik diam daripada berkata apa-apa.

Itulah yang cuba dilakukan oleh jurulatih skuad remaja Barcelona, Victor Valdes apabila bercakap mengenai isu bekas pemain kelab mereka iaitu Neymar.

Valdes yang merupakan bekas pemain kelab itu juga mengatakan yang beliau cuba untuk mengelak daripada mengupas mengenai perkara itu di tempat terbuka.

“Saya tidak mahu lagi komen mengenai perkara ini, sila tanya kepada orang lain.”

“Saya mungkin akan dipecat (jika bercakap mengenai hal Neymar). Harapan saya adalah untuk terus kekal di kelab ini pada masa akan datang.”

Walaupun memilih untuk mengelak daripada bercakap mengenai Neymar, Valdes mengakui pemain tersebut adalah cukup hebat di atas padang.

“Apa yang saya boleh cakap mengenai beliau? Saya cuma menghabiskan masa selama setahun sahaja bersama dengannya.”

“Tetapi itu adalah sorotan penting dalam karier saya. Neymar terlibat dalam detik kejayaan kami memenangi kejuaraan Eropah yang terakhir.”

Spekulasi perpindahan Neymar ke Barcelona masih lagi menyala walaupun kelab itu telah pun mendapatkan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram