El Clasico Tak Terasa Kehilangan Ronaldo Dan Messi, Tetapi Sebaliknya Kata Tebas

Presiden La Liga, Javier Tebas tidak risau dengan prestij el clasico meskipun tanpa Ronaldo dan Messi.

Menurut Tebas, nama Real Madrid dan Barcelona itu sendiri lebih besar dan gah daripada Ronaldo dan Messi.

Ini adalah pertama kali sejak 2007 el clasico tanpa nama Messi ataupun Ronaldo di atas padang. Ronaldo berhijrah ke Juventus pada pra musim lalu. Manakala Lionel Messi megalami kecederaan.

Ramai yang merasakan el clasico akan kurang serinya dan jumlah audien secara global akan berkurangan. Tebas bagaimanapun menyangkal teori itu.

Pusat kajian data FiveThirtyEight melaporkan pada 2015, el clasico ditonton seramai 75 juta audien di seluruh dunia. Ianya mengalahkan audien yang menonton Oscar.

Bagi beliau el clasico masih perlawanan yang akan ditonton ramai walaupun tiada Ronaldo dan Messi.

Tebas sebelum ini bengang dengan PSG yang mendapatkan Neymar. Salah satu kebimbangan beliau adalah kerana Neymar adalah nama besar yang boleh membantu mempromosi La Liga dan el clasico.

“Bagi saya, Cristiano Ronaldo dan Messi adalah pihak yang terasa kehilangan el clasico bukannya el clasico terasa kehilangan mereka. Mereka pastinya sedih kerana tidak dapat beraksi dalam el clasico.”

“El clasico tak ‘kalah’ dalam isu ini. Saya rasa, kedua-dua pasukan akan berada dalam kualiti tertinggi. Saya selalu percaya pasukan lebih besar daripada pemain.”

“Dari sudut strategik, el clasico tanpa Ronaldo dan Messi ada kebaikannya kepada kami.”

“El Clasico adalah salah satu jenama ‘bintang’ (besar) dalam La Liga. Kami akan cuba mencipta lebih banyak lagi produk bintang seperti ini.”

“Saya akui, Barcelona vs Real Madrid satu produk yang hebat dan kami harus bekerja keras untuk meningkatkan segala aspek untuk memastikan ia diikuti oleh penyokong di seluruh dunia.”

El clasico adalah pertemuan yang sentiasa panas dan sarat dengan kontroversi. Kali ini VAR akan digunakan pertama kali dalam el clasico.

Tebas menyatakan pihak La Liga sudah sedia dengan pelbagai kritikan yang bakal diterima.

“Saya tak takut untuk menggunakan VAR dalam el clasico buat pertama kali. Kami telah berusaha dengan VAR dalam banyak perkara.”

“Kami juga banyak bekerjasama dengan pengadi. Jadi, apa yang nak saya takutkan.”

“Jelas sekali yang saya prihatin di mana apa sahaja yang berlaku dalam el clasico akan menjadi sensasi.”

“Oleh itu mereka cuba menjadikan semua benda ini panas termasuk VAR. Namun saya yakin VAR akan befungsi dengan baik dalam perlawanan ini.”

Jangan lupa saksikan El Clasico pada 11.15 malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN