El Clasico: Real Madrid Gah Kuasai Bumi Catalan

Kerjasama Semuanya BOLA

Real Madrid Barcelona El Clasico

El Clasico yang dianggap permusuhan paling agung dalam sejarah bola sepak berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Real Madrid selepas menundukan Barcelona 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Nou Camp pada Sabtu.

Sergio Ramos cemerlang mengetuai The Galacticos dengan menjaringakan satu gol menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama dan dua gol lagi disumbang oleh gol awal Federico Valverde dan gol minit akhir Luka Modric.

Real Madrid turutn dengan kekuatan penuh di setiap posisi kecuali Nacho Fernandez mengambil tempat Dani Carvajal yang masih belum pulih dari kecederaan.

Percaturan pengendali Barcelona, Ronald Koeman untuk meletakkan Antoine Griezmann di bangku simpanan dan menyenaraikan pemain muda Pedri dalam kesebelasan utama tampak tidak berhasil untuk menggugat berisan pertahanan Real yang berpengalaman.

Valverde meletakkan Madrid di depan seawal minit kelima dengan rembatan cantik selepas menerima hantaran Karim Benzema.

Namun hanya tiga minit kemudian, penyerang remaja Barca Ansu Fati menyamakan kedudukan selepas menyudahkan hantaran lintang Jordi Alba untuk memastikan namanya tercatat sebagai penjaring gol paling muda dalam sejarah.

Sergio Ramos kembali meletakkan skuad Los Blancos di hadapan pada minit ke-63 dengan menyudahkan sepakan penalti selepas beliau sendiri dijatuhkan oleh Clement Lenglet dalam kotak penalti.

Real Madrid kemudian beroleh beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan, namun Luka Modric yang dimasukkan menggantikan Valverda memateri kemenangan Madrid di bumi Catalan dengan gol ketiga pada minit ke-90.

Pemain tengah Croatia itu bijak menggelecek mengatasi kawalan pertahanan dan penjaga gol Barca, Neto sebelum membuat rembatan menggunakan bahagian luar kaki kanannya bagi mengesahkan tiga mata milik Real Madrid dalam pertembungan El Clasico kali ini.

Kemenangan tersebut sekaligus mengubati kekecewaan Zinedine Zidane yang tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum ini kepada pendatang baharu liga Cadiz dan Shakhtar Donetsk di saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari.

Keputusan tersebut meletakkan Real Madrid kini menguasai takhta liga dengan 13 mata selepas mengharungi enam perlawanan, enam mata mengatasi Barcelona.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai sejarah El Clasico:

Previu El Clasico: 5 Pertembungan Individu Yang Perlu Diberi Perhatian

Lionel Messi Jadi Punca Real Madrid Hilang Dominasi Di El Clasico

De Jong & Valverde: Pertembungan Dua Jeneral Muda Di El Clasico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram