Ekanit Panya Mahu Ulangi Kecemerlangan Lawan UAE Untuk Benam Malaysia Di Bukit Jalil

Bintang muda sedang meningkat naik Thailand, Ekanit Panya berharap dapat membantu Thailand menewaskan Malaysia sekali gus membantu negaranya layak ke pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya.

Thailand akan bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, dalam saingan Kumpulan G kelayakan pusingan kedua Piala Dunia2022/Piala Asia 2023.

Thailand cemerlang setakat ini selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu seri untuk bergelar pendahulu Kumpulan G.

#ChangsuekDidyouknow
#จาก15ปีที่แล้วสู่กัปตันทีมชาติไทย ???

ช้างศึกชุดใหญ่ เคยบุกไปพบกับ มาเลเซีย…

Posted by ช้างศึก on Tuesday, November 12, 2019

“Kami tahu Bukit Jalil sentiasa menjadi gelanggang yang sukar. Malaysia memiliki sokongan padu penyokong mereka, dan pasukan mereka sentiasa mempergunakan atmosfera tersebut sepenuhnya,” ujar beliau dalam satu temubual di www.fifa.com.

“Kami harus memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan, perlu sentiasa mengikuti perancangan dan tampil yakin. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tiga mata dari perlawanan ini.

“Saya berpendapat kami [Thailand] mempunyai peluang yang cerah untuk mara ke pusingan seterusnya. Sudah tentu banyak lagi perlawanan sukar menanti di hadapan selepas ini.

“Di peringkat ini, tiada ruang untuk sebarang kesilapan.”

Thailand berkongsi tujuh mata bersama Vietnam di kedudukan teratas Kumpulan G, namun skuad Gajah perang itu memiliki kelebihan jaringan.

Ekanit Panya Thailand UAE Kelayakan Piala Dunia
FOTO: FAT

Ia diikuti oleh UAE di tangga ketiga, dan kemudian Malaysia di kedudukan keempat hasil satu kemenangan. Indonesia pula masih dengan misi memburu mata pertama di dalam kempen kelayakan kali ini.

Ekanit yang berusia 20 tahun beraksi cemerlang ketika Thailand menundukkan UAE 2-1 pada bulan lalu.

Perlawanan tersebut adalah penampilan ketiga beliau bersama skuad senior Thailand, dimana beliau menghasilkan satu bantuan gol untuk Teerasil Dangda sebelum turut menjaringkan satu gol untuk mengejutkan UAE.

“Saya sangat bangga kerana mampu menjaringkan gol sulung untuk Thailand sekali gus memastikan tiga mata milik pasukan,” tambahnya lagi.

Dianggap sebagai wira dalam kemenangan menentang UAE, pemain muda ini kini mahu mengulangi kecemerlangan tersebut untuk membantu negaranya menewaskan skuad kendalian Tan Cheng Hoe esok.

Akira Nishino dilantik selaku Ketua Jurulatih Thailand pada Julai lalu, dan kemudiannya memberikan Ekanit debut penuh pertama ketika perlawanan pertama kelayakan menentang Vietnam.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah tewas kepada Thailand di tempat sendiri sejak 15 tahun yang lalu.

Leave a Reply