Ejen Raphinha Sahkan Risikan Liverpool, Petanda Awal Salah Bakal Angkat Kaki?

Liverpool Raphinha

Ejen Raphinha telah mendedahkan kepada media bahawa Liverpool merupakan di antara pasukan yang berminat untuk memancing pemain sayap Leeds United itu.

Perkembangan tersebut sekaligus menguatkan lagi spekulasi mengenai masa depan bintang utama The Reds, Mohamed Salah yang masih belum mencapai kata sepakat bersama pasukannya mengenai perbincangan kontrak baharu.

Salah Sahkan Liverpool Tak Ajak Bincang Kontrak Baharu, Indikasi Perpindahan Akan Berlaku?

Raphinha telah dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield sejak awal ketibaannya dalam pentas Liga Perdana Inggeris.

Prestasi pemain Brazil itu begitu mengujakan di bawah kendalian Marcelo Bielsa dengan mencetak enam gol dan menyumbang enam bantuan jaringan pada musim lalu untuk membantu Leeds menamatkan saingan di tangga kesembilan.

Deco, bekas pemain Barcelona dan Chelsea kini bertindak selaku ejennya dan beliau percaya kualiti yang dimiliki oleh Raphinha pastinya akan menarik minat kelab-kelab gergasi Eropah.

“Raphinha akan menjadi pemain penting di EPL. Leeds juga tahu semakin hari dia semakin baik dan bakatnya akan terus berkembang secara semula jadi,” ujar bekas pemain tengah Portugal itu kepada Globo Esporte.

“Tambah pula dia masih muda, banyak lagi cabaran yang akan dilalui olehnya. Dah ada beberapa kelab yang menyatakan minat kepadanya, memang ada risikan, tetapi semuanya belum secara rasmi.

“Tapi saya boleh sahkan Leeds mahu menyimpannya untuk semusim lagi.”

Tidaklah begitu mengejutkan kenapa Liverpool berminat dengan pemain ini memandangkan beliau mempunyai tiga orang rakan sepasukannya di skuad kebangsaan iaitu Fabinho, Roberto Firmino dan Alisson Backer yang sedang beraksi di sana.

Fabinho mengakui pasukannya memerlukan pemain baharu untuk bersaing dengan kelab EPL lain yang rancak berbelanja besar menambah kekuatan dengan membawa masuk pemain-pemain bintang ke dalam pasukan masing-masing.

“Sejak tiba di EPL, dia telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan di Leeds. Dalam pasaran perpindahan sebelum ini, memang saya ada cadangkan kepada kelab untuk mendapatkannya, tetapi akhirnya di kekal di Leeds.

“Dia adalah pemain terbaik Leeds pada hari ini. Apabila kami bermain menentang mereka, kami tahu dia akan menjadi pemain paling bahaya yang boleh mengancam gawang. Jadi saya amat berharap dia dapat sertai Liverpool.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN