Ejen: Philippe Coutinho Rindu Nak Beraksi Di EPL

Philippe Coutinho

Dalam satu temubual bersama Sky Sports, ejen kepada Philippe Coutinho, Kia Joorabchian mendedahkan pemain antarabangsa Brazil itu sangat berminat untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) satu hari nanti.

Coutinho kini sedang dipinjamkan ke Bayern Munich dari Barcelona, namun kelab gergasi Jerman itu dijangka tidak akan membuat pembelian secara tetap walaupun sumbangannya di kelab itu boleh dianggap baik pada musim ini.

Coutinho telah pun menjaringkan lapan gol daripada 32 perlawanan dalam semua pertandingan sebelum berlaku penggantungan liga ekoran pandemik wabak coronavirus (COVID-19).

Pemain berusia 27 tahun itu masih berteka-teki mengenai masa depannya dan beberapa kelab EPL seperti Chelsea, Everton dan Arsenal telah pun menunjukkan minat untuk mendapatkannya apabila pintu perpindahan dibuka dengan tempoh pinjamannya sudah pun hampir ke penghujung.

Joorabchian menegaskan beliau tidak akan mempengaruhi Coutinho untuk membuat keputusan. 

“Secara faktanya, saya merupakan penyokong Arsenal, itu bukan lagi rahsia. Saya tidak perlu untuk memberinya pilihan kelab yang dia mahu pergi. Saya tak akan memaksa pemain untuk pergi ke mana-mana kelab. Jadi segalanya berkemungkinan.

“Selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah [menentang Chelsea] kami ada bercakap panjang mengenai perkara ini. EPL adalah tempat yang dia sangat seronok bermain dan dia teringin untuk kembali beraksi di sana.

“Persoalannya, apa yang akan berlaku kepada kawangan semua pasukan termasuk Barcelona dan kelab-kelab EPL lain selepas pandemik ini berakhir nanti?”

Joorabchian merupakan ejen kepada banyak pemain di seluruh dunia dan beliau mengatakan akan menghubungi mereka sekurang-kurangnya setiap dua hari untuk mengikuti perkembangan semasa.

Dengan Coutinho di Jerman, tiga pemain Brazil yang lain, pemain Chelsea, Willian telah pulang ke Brazil, David Luiz kekal di London sementara Oscar pula di bilik hotel bersama keluarganya di Shanghai.

“Semua orang mahu pastikan mereka selamat, kekal sihat dan mahu segera kembali menjalani latihan. Semua orang berusaha untuk kekal positif,” katanya lagi.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Philippe Coutinho:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram