Ejen Mahu Son Heung-min Ke Napoli

Ejen kepada bintang Korea Selatan, Son Heung-min telah bercakap mengenai perpindahan pemain itu ke Napoli.

“Satu hari nanti, siapa yang tahu apa akan terjadi?” Ujar Thies Bliemeister.

Son adalah antara pemain dari Asia paling menyerlah di Eropah sejak menyertai Tottenham Hotspur.

Bliemeister yang merupakan ejen kepada pemain itu bagaimanapun berkata Napoli juga boleh menjadi kelab yang menarik untuk dijadikan destinasi seterusnya buat pemain itu.

“Saya tidak pernah membawa pemain ke Napoli. Tetapi saya suka melakukannya kerana Diego Maradona adalah pemain kegemaran saya yang pernah beraksi bersama Napoli, ujar Bliemeister ketika bercakap kepada Radio Marte.

“Saya pernah berbincang dengan Napoli sebelum ini, juga bersama eksekutif yang kini sudah tiada di kelab tersebut. Saya akan mengambil kesempatan berbincang dengan mereka ketika dua perlawanan diantara Napoli dan Salzburg [di Liga Juara-Juara Eropah] selepas ini.

“Untuk Son ke Nalopi, kenapa tidak? Anda tidak boleh berkata tidak di dalam bola sepak. Son sukakan Itali, makananya dan juga penduduk di Itali.

“Tidak mudah membawa keluar Son dari Tottenham kerana anda perlu membayar tinggi untuk berbuat demikian. Tetapi satu hari nanti, siapa tahu?”

Son mulai beraksi di Eropah bersama kelab Jerman, Hamburger SV pada 2010, sebelum menyertai Bayern Leverkusen pada 2013.

Dua tahun kemudian, beliau menyertai Tottenham Hotspur, dan musim lalu Son membantu kelab London itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali di dalam sejarah kelab London tersebut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram