Ejen Gareth Bale Menyatakan Pemain Itu Tidak Berganjak Dengan Keputusannya

Ejen kepada Gareth Bale iaitu Jonathan Barnett menyatakan klien beliau itu tidak berganjak dengan keputusan beliau.

Sebelum ini Gareth Bale sudah memberitahu beliau mahu kekal di Real Madrid sehingga kontrak beliau tamat. Bale tidak mahu dihantar ke pasukan lain secara pinjaman.

Bale juga mengingatkan jika Real Madrid mahu menjual beliau, pastikan beliau mendapat pakej gaji yang sama dengan yang ada pada baki kontrak beliau iaitu sekitar €51 juta.

Buat masa ini, tiada pasukan yang menunjukkan tanda-tanda mereka mampu membayar gaji Gareth Bale yang sangat tinggi. Pemain itu tidak menerima sebarang pemotongan gaji.

Bale menyertai Real Madrid pada 2013 dengan nilai perpindahan sekitar €100 juta. Setakat ini beliau sudah menjaringkan 47 gol daripada 81 penampilan dengan Real Madrid.

Walaupun beliau banyak memenangi trofi dengan Real Madrid, namun pemain itu sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama Zinedine Zidane. Ini kerana Zidane mahukan pemain yang konsisten. Bale pula bergelut dengan isu kecergasan dan kecederaan sepanjang karier di Real Madrid.

Barnett memberitahu Sky Sports: “Beliau boleh bermain di mana-mana sahaja,” jelas Barnett ketika wartawan bertanya sama ada Bale mempertimbangkan untuk menyertai pasukan seperti Man. United mahupun Spurs serta Bayern Munich.

“Saya percaya beliau akan menyesuaikan diri dengan baik di mana-mana pasukan. Beliau masih salah seorang pemain terbaik di dunia. Namun perpindahan ke kelab lain seakan akan tidak akan berlaku.”

Seterusnya, Barnett menegaskan Bale hanya akan pergi dengan perpindahan tetap dengan tawaran yang memuaskan. Jadi mustahil untuk mana-mana pasukan yang mahukan Bale secara pinjaman – mengidamkan khidmat pemain itu.

“Perpindahan secara pinjaman tak akan berlaku. Lebih tinggi kebarangkalian saya memenangi Ascot berbanding dengan itu. Saya tidak rasa Bale mahu pergi secara pinjaman.”

“Beliau menyukai hidup dan bahagia di Sepanyol. Ianya memerlukan tawaran yang luar biasa untuk beliau meninggalkan apa yang beliau ada ini – jika mereka yang mahukan Bale secara pinjaman. Rumusannya, situasi Bale di Real Madrid ini tiada berubah dengan apa yang beliau jelaskan sebelum ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN