Ejen Dedahkan Gareth Bale Mahu Kekal Di Real Madrid Sehingga Kontraknya Berakhir

Bale

Ejen Gareth Bale – Jonathan Barnett berkata pemain tersebut masih memiliki komitmen bersama Real Madrid apabila menyatakan keinginan untuk kekal di Santiago Bernabue sehingga tempoh kontrak berakhir. 

Bale kerap disebut akan ‘angkat’ kaki meninggalkan Real Madrid selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu selain berdepan kemelut hubungan antara pengurus pasukan – Zinedine Zidane.

Menurut Barnett, Bale telah membuat keputusan untuk kekal di Madrid, namun segala keputusan mengenai masa depan pemain Wales itu terletak di tangan Zidane.

“Real Madrid boleh menghalang Bale keluar atau membiarkan dia bermain untuk pasukan akademi, ” ujar Barnett menerusi laporan talksport.

“Dia mahu kekal. Tetapi saya tidak pasti sama ada (Zinedine) Zidane mahu dia kekal atau tidak,” kata Barnett.

“Dia sedang dalam kontrak, dia gembira melihatnya. Pada pendapat saya, Bale adalah salah satu daripada tiga atau empat pemain terbaik di dunia.”

Katanya lagi, “Permainan pasukan adalah pencaturan dan Zidane tidak memikirkannya. Itulah pencaturan beliau, dia (Zidane) berhak mengatur, saya tidak akan mengkritiknya.”

Kontrak Bale bersama Real Madrid masih sah hingga 2022, namun kepulangan Zidane untuk mengemudi semula pasukan Sepanyol itu menguatkan lagi khabar angin perpindahan Bale.

Tak patut

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Barnett itu mengundang rasa tidak senang bagi pihak pengurusan Real Madrid.

Menurut The Sun, komen Barnett yang mengatakan ‘Bale boleh bermain di pasukan akademi’ itu tidak patut diungkapkan kerana ianya seakan-akan cuba menjatuhkan ‘standard’ bintang Real Madrid itu.

, SPAIN – APRIL 28: (L-R) Gareth Bale of Real Madrid, Abdoulaye Ba of Rayo Vallecano during the La Liga Santander match between Rayo Vallecano v Real Madrid on April 28, 2019 (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Selain itu, ianya juga akan mengeruhkan lagi permasalahan yang sedang dihadapi oleh kedua-dua pihak pada ketika ini.

Real Madrid berkata: “Ada orang yang tidak memberikan jiwa dan etika kepada pasukan.”

“Mereka ini tidak akan kekal di bawah Zidane. Musim panas nanti akan menjadi salah satu yang paling sibuk dalam sejarah kelab ini. ”

 

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply