Ejen Dedah MU Sebenarnya Tak Mampu Bayar Gaji Anichebe

Bukan disebabkan oleh Shukor Adan, tetapi sebenarnya Melaka United tidak mampu menunaikan permintaan gaji Victor Anichebe.

Itulah realiti sebenar yang didedahkan oleh salah seorang ejen kepada bekas penyerang Everton dan West Brom itu kepada Berita Harian semalam.

Menurut akhbar harian nasional itu, sumber yang tidak dinamakan tersebut mendakwa mendakwa gaji yang diminta Anichebe kira-kira AS$40,000 (RM163,000).

“MUSA memang ada runding melalui orang tengah, cuma mereka tak dapat tunaikan permintaan gaji Anichebe termasuk yuran menandatangani, bonus gol dan lain-lain,” kata salah seorang ejen yang terlibat dengan rundingan tersebut.

“Dia [Anichebe] pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), sudah tentu gaji yang diminta agak tinggi,” kata beliau yang enggan dinamakan.

Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) seolah-olah menuding jari kepada Shukor Adan kerana kegagalan rundingan dengan Anichebe.

Embed from Getty Images

Kemelut MUSA dengan Shukor bermula apabila persatuan itu gagal melunaskan baki gaji dan bayaran bonus kepada pemain itu pada musim lalu.

Perkara tersebut mendorong Shukor memfailkan afidavit kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melakukan tuntutan.

“Mesti lari, saya tidak akan bagitahu siapa, tetapi antaranya adalah bekas pemain Everton, Victor Anichebe yang sedang kita runding.

“Walaupun agak mahal, terus terang saya cakap ia berada dalam bajet MUSA, kerana kita tidak mengambil pemain import kelima, jadi bajetnya dapat kita tumpukan terhadapnya,” kata Damian seperti dilaporkan oleh Melaka Kini sebelum ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram