Ejen Coutinho Sokong #WeCareDoYou Dan Meminta Pengurusan Sediakan Dana

Salah seorang ejen ternama dalam dunia bola sepak, Kia Joorabchian menyatakan sokongan beliau ke atas kempen #WeCareDoYou yang dilancarkan untuk mendesak agar pengurusan Stan Kroenke bangkit dan tidak menjadikan Arsenal semata-mata mesin pelaburan.

Kia Joorabchian merupakan ejen kepada pemain seperti Coutinho – beliau merupakan penyokong Arsenal sejak di bangku sekolah. Joorabchian meminta agar pemilik Arsenal melabur lebih pro aktif dalam usaha menambah kualiti pasukan.

Pada Isnin, gagasan penyokong Arsenal menerusi kempen #WeCareDoYou telah menzahirkan kekecewaan mereka ke atas pemilikan pasif oleh Stan Kroenke. Terdapat 16 penandatangan dalam kenyataan yang mendesak agar pengurusan berubah segera. Ini kerana Arsenal sudah 3 tahun berturut-turut tanpa bermain di UCL.

Joorabchian memuji perlantikan Edu sebagai Pengarah Teknikal. Dan beliau juga merasakan Arsenal telah menggaji gambar individu yang berkaliber. Namun apa gunanya semua itu jika tiada perlaburan atau suntikan dana dibuat.

Bercakap kepada talksport, Joorabchian berkata:

“Saya simpati dengan mereka seperti Raul Sanllehi, Unai Emery dan Edu. Kehadiran mereka telah membuatkan Arsenal akhirnya memiliki orang yang berkaliber dalam bidang mereka.”

“Mereka adalah individu yang sangat arif tentang bola sepak. Raul tiba dari Barcelona. Edu tiba dari Brazil dan beliau legenda Arsenal. Unai Emery pula jurulatih yang melakukan tugas dengan sangat baik ketika di Sevilla dan PSG.”

“Namun persoalannya kini adakah mereka ini disediakan dengan dana oleh bahagian tadbir kewangan?”

“Tiada gunanya anda memiliki barisan berkaliber seperti ini jika tidak mahu melabur dan memberikan dana. Ia akan membuatkan mereka tertekan mahu mencapai sasaran kami tetapkan ketika melantik mereka.”

“Jika tiada dana yang cukup mereka akan sukar mendapatkan nama-nama besar. Kelab harus menguatkan barisan pertahanan, kemudian di bahagian tengah dan sayap

“Arsenal ada kelebihan yang dimiliki kelab kelab elit lain. Mereka memiliki 2 penyerang kelas dunia. Namun mereka tetap perlu membina bahagian lain yang kekurangan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN