Eintracht Frankfurt Bimbang Nasib Bundesliga

Pengarah Sukan Eintracht Frankfurt, Fredi Bobic melahirkan kerisauan akan impak kewangan yang bakal menimpa sekiranya musim Bundesliga tidak mampu ditamatkan akibat penularan wabak coronavirus.

Bobic menyifatkan keadaan kini akan menyebabkan kerugian besar dari segi pendapatan untuk kelab-kelab terlibat.

Shingga kini COVID-19 telah menular ke seluruh dunia dan mengakibatkan lebih 14,500 kematian, selain menyebabkan badanraya-bandaraya utama di seluruh dunia ditutup, dan acara sukan termasuk bola sepak ditangguhkan.

Bundesliga sudah melalui 25 pusingan ketika ianya ditangguh, dijadualkan akan kembali pada 2 April hadapan.

Wolfsburg adalah antara pasukan yang telah mengesahkan akan memulakan latihan pada hari ini, walaupun Jerman masih menguatkuasakan amalan kawalan jarak untuk menghadkan penularan virus.

“Musim yang berakhir tidak lengkap sudah pasti bukan perkara yang positif, ” kata Bobic.

“Ia akan membawa kerugian dari segi ekonomi kepada kelab termasuklah Eintracht Frankfurt.

“Kita akan melakukan apa yang terdaya untuk memastikan kita boleh meneruskan bola sepak. Ia bukan sahaja mengenai wang, tetapi juga mengenai pekerjaan di kelab dan kawasan sekitarnya.

“Ramai orang terlibat dan akan terkesan secara langsung dan tidak langsung. Bola sepak adalah industri yang besar.

“Lagi pun kita juga mahu melakukan sesuatu mulai bercakap mengenai perkara lain selain coronavirus. Itulah sukan, Ia seperti gladiator dari kisah silam.

“Namun ia juga haruslah selamat dan tidak mengancam kesihatan. Kerana itulah kita harus tunggu apa pakar dan doktor akan umumkan. Kita harus mendengar kata mereka.

“Jika musim terpaksa ditamatkan, ia akan memberi kesan mendalam kepada ramai orang, terutama perniagaan kecil.”

Eintracht kini berada di kedudukan ke-12 Bundesliga selepas melalui 24 perlawanan dan sehingga kini telah mengesahkan dua pemain telah positif wabak coronavirus.

“Setakat ini keadaan mereka bagus jika mengambil kira kesan wabak ini,” tambah Bobic.

“Kita akan memperolehi keputusan saringan pemain lain dalam masa terdekat. Ada kemungkinan ia akan merebak kepada yang lain.

“Mereka menunjukkan simptom, tetapi bukan keadaan yang kritikal. Doktor mengesahkan perkara itu. Kedua-duanya masih pandai membuat lawak.”

Baca artikel lain kami mengenai Eintracht Frankfurt:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN