Ego Pemain Bintang Sukarkan PSG – Draxler

Ego dimiki pemain bintang di Paris Saint-Germain (PSG) menyebabkan ianya sentiasa sukar untuk keseluruhan pasukan itu,” dedah pemain sayap Jerman Julian Draxler.

Draxler beraksi bersama Neymar – yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona – Kylian Mbappe dan Edinson Cavani di juara Ligue 1 itu.

“Semua mereka adalah pemain yang luar biasa. Sukar untuk kita melihat pemain seperti mereka di tempat lain,” ujar Draxler kepada AFP seperti yang dilaporkan oleh BBC.

“Tetapi mereka juga ada cara berfikir masing-masing, ikut kepala masing-masing.

“Mereka hidup dengan bola sepak, mereka mahu menjaringkan gol di setiap perlawanan, maka mereka mempunyai ego masing-masing.

“Kerana itu adakalanya ianya sangat sukar untuk keseluruhan pasukan. Tetapi anda masih bernasib baik kerana berpeluang beraksi bersama mereka. Ia adalah satu perkara yang disyukuri setiap hari.”

Pengarah Sukan PSG, Leonardo sebelum ini berkata Neymar boleh pergi meninggalkan PSG sekiranya terdapat tawaran yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.

Kenyataan dari Leonardo itu tiba selepas bintang Brazil itu gagal hadir ke latihan pra musim seperti yang dijadualkan.

Walaupun pelbagai laporan mengatakan Neymar mahu meninggalkan PSG, pemain itu kini sedang bersama kelab tersebut di jelajah pra musim di China.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram