EFL Championship Play-Off: Derby dan Aston Villa Masing-Masing Dahului Agregat

EFL

EFL Championship sudah memasuki fasa play-off. Dua perlawanan pertama telah diadakan.

Derby County melayani kunjungan Fulham di Pride Park. Manakala Aston Villa bertandang ke Riverside.

Fulham ‘ditanduk’

Cameron Jerome menjaringkan 1 gol untuk memastikan Derby menewaskan Fulham. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-34.

Bekas pemain Norwich itu menerima hantaran lintang Craig Forsyth. Cameron menanduk gol untuk memastikan Derby mencatatkan kemenangan.

Sebelum ini, Cameron Jerome pernah menaiki divisyen tiga kali. 2 kali sewaktu menyarung jersi Birmingham City. Beliau juga pernah menikmati promosi semasa menjadi pemain Norwich.

14 Mei ini menyaksikan Derby akan ke Craven Cottage untuk perlawanan timbal balik.

Villa hadapi Boro

Middlesbrough ditewaskan oleh Aston Villa dalam perlawanan semalam. Pemain kebangsaan Australia, Mile Jedinak menjaringkan gol seawal minit ke-15 untuk Aston Villa.

Mile Jedinak menanduk bola yang disepak oleh Jack Grealish untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan. Villa mendahului perlawanan dengan kelebihan gol itu sehingga wisel penamat.

Villa Park bakal menjadi venue perlawanan kedua antara Aston Villa menentang Middlesbrough. Perlawanan itu akan diadakan pada 15 Mei.

Siapa ke Wembley?

Peluang sebenarnya untuk keempat-empat pasukan masih lagi terbuka. Ini disebabkan mereka hanya dipisahkan dengan 1 gol.

Pernah berlaku dalam sejarah perlawanan kedua akan menjadi penentu siapakah akan ke Wembley. Meskipun ada pasukan selesa mendahului selepas perlawanan pertama.

Perlawanan akhir play-off akan berlangsung pada 26 Mei 2018 di Wembley.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN