EFL Championship: Ipswich Jatuh Lagi, Norwich & Leeds Intai EPL

Anda masih ingat pasukan bernama Ipswich Town?

Mereka sah akan beraksi dalam EFL League One musim hadapan. Jalan keluar ditunjukkan mereka apabila seri 1-1 kepada Birmingham pada hujung minggu lalu.

Daripada 42 perlawanan diharungi pasukan bergelar Tractor Boys setakat ini, mereka hanya menang 4 dan seri 16 kali. 22 perlawanan itu berakhir dengan kekalahan.

Bermakna tempoh 17 tahun berada di EFL Championship tanpa naik-turun divisyen ini telah berakhir buat Ipswich Town. Kali terakhir mereka tersingkir divisyen sewaktu Liga Perdana Inggeris musim 2001/02.

Kelab divisyen tiga

Ini bererti Ipswich menyertai kelab mantan Liga Perdana yang pernah terhumban ke divisyen ketiga. Selain Ipswich, jiran terdekat mereka, Norwich pun pernah beraksi di divisyen ketiga atau nama rasminya, EFL League One.

Nottingham Forest, Leeds United dan Southampton antara kelab yang pernah beraksi dalam kancah EFL League One. Begitu juga Coventry City, Wolverhampton Wanderers dan Wigan Athletic.

IPSWICH, ENGLAND – APRIL 13: Ipswich Town’s manager Paul Lambert during the Sky Bet Championship match between Ipswich Town and Birmingham City (Photo by Hannah Fountain – CameraSport via Getty Images)

Menurut pengurus Ipswich Town, Paul Lambert, beliau mengakui penyingkiran divisyen amat mendukacitakan kepada semua yang berkait rapat dengan kelab itu. Lambert juga mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang setia menyokong walaupun sah tersingkir divisyen

Ipswich mempunyai baki 4 perlawanan untuk dihabiskan pada musim ini.

Sah slot-play off

Kedudukan 12 teratas EFL Championship setakat 42 perlawanan musim ini. Sumber: BBC.

Tiga pasukan teratas carta terkini EFL Championship paling kurang akan menamatkan musim di zon 6 teratas. Pasukan dimaksudkan ialah Norwich City, Leeds United dan Sheffield United.

Malah, mata dikutip oleh ketiga-tiga pasukan amat rapat. Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai 4 perlawanan untuk menamatkan musim.

Sekiranya Norwich City menang perlawanan menentang Sheffield Wednesday dan Sheffield United kalah kepada Nottingham Forest, The Canaries akan menaiki divisyen. Kedua-dua perlawanan ini dijadualkan pada Jumaat ini.

Nampaknya penyokong Sheffield United mengharapkan jiran mereka, Sheffield Wednesday menyekat penguasaan Norwich City.

Mampukah Norwich City dan Leeds United kembali ke Liga Perdana Inggeris. Ya, kedua-dua kelab ini dikenali ramai oleh rakyat Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram