EFL Carabao Cup: Tottenham Tidak Beraksi Di Wembley Pada Pusingan Ketiga

Tottenham Hotspur berhadapan cabaran kerana terpaksa beraksi di stadium lain dalam pusingan ketiga EFL Carabao Cup musim ini. Kelab London itu diundi menentang Watford untuk pusingan tersebut.

Diberitakan Stadium Wembley telah ditempah untuk kegunaan lain pada tarikh perlawanan tersebut.

Sebagai organisasi penganjur, EFL telah memberi kebenaran perlawanan itu diadakan di Stadium MK di Milton Keynes. Stadium MK merupakan laman sendiri bagi Milton Keynes Dons.

Panas

Tumpuan pada pusingan ketiga ini turut terarah kepada Liverpool. Liverpool diundi menentang Chelsea dan perlawanan akan diadakan di Anfield.

Selain itu, pada pusingan ini jugalah menyaksikan dua pertembungan derbi London. Arsenal yang merupakan naib juara kejohanan ini pada musim lalu bakal melayani kunjungan Brentford di Emirates Stadium.

Millwall pula berhadapan Fulham di Den Stadium. Satu-satunya kelab EFL League Two yang masih beraksi dalam kejohanan ini, Macclesfield Town diundi menentang West Ham United.

Pertahan piala?

Juara bertahan, Manchester City.

Manchester City akan berkunjung ke Oxford United bagi mempertahankan kejayaan pada musim lalu. Perlawanan pusingan ketiga ini diadakan pada September.

Sebagaimana biasa, kelab-kelab yang beraksi dalam pertandingan Eropah diberikan ‘bye’. Mereka akan memulakan aksi dalam pertandingan ini pada pusingan ketiga.

Berikut merupakan undian penuh yang diadakan pada semalam:

West Brom v Crystal Palace
Arsenal v Brentford
Burton Albion v Burnley
Wycombe v Norwich
Oxford United v Man City
West Ham v Macclesfield
Millwall v Fulham
Liverpool v Chelsea
Bournemouth v Blackburn
Preston v Middlesbrough
Wolves v Leicester
Tottenham v Watford
Blackpool v QPR
Everton v Southampton
Man Utd v Derby
Nottingham Forest v Stoke

Ramalan anda untuk kelab anda dalam saingan musim ini? Memenangi trofi atau sebaliknya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN