Edinson Cavani Sah Sertai Man Utd, Akan Buat Debut Lawan PSG

Bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) Edinson Cavani telah disahkan akan terbang ke England pada hari ini (Ahad, 4 Oktober 2020) untuk menandatangani kontrak dengan Manchester United.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu dijangka akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan gaji antara £180,000-£200,000 seminggu.

Cavani merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama PSG tamat pada Jun lepas.

Media Perancis sebelum ini melaporkan penyerang berusia 33 tahun ini tidak berminat menyambung kontrak dengan juara Ligue 1 itu selepas berselisih pendapat dengan Neymar.

United difahamkan telah menghantar pegawainya, Matt Judge untuk berjumpa semuka dengan Cavani dan ejennya. Cavani menyatakan beliau masih mempunyai tenaga dan motivasi untuk terus bermain di Eropah. Ini cukup untuk meyakinkan United untuk membuat tawaran.

United juga difahamkan tidak merasakan umur lanjut Cavani sebagai satu isu berdasarkan pengalaman mereka menandatangani Zlatan Ibrahimovic. Penyerang enigma Sweden itu menyertai United ketika berumur 34 tahun pada tahun 2016.

Ole Gunnar Solskjaer pula melihat umur Cavani sebagai satu aset. Pengalaman luas Cavani dalam bola sepak Eropah dijangka mampu membantu perkembangan pemain-pemain mudanya yang lain.

Cavani telah menjaringkan sebanyak 341 gol dalam 556 penampilan kelab. Ini termasuk rekod 200 gol dalam 301 penampilan bersama PSG. Beliau juga telah mempunyai 50 gol dalam 116 penampilan antarabangsa pada namanya.

Dijangkakan ketibaan Cavani akan disambut dengan reaksi bercampur-baur dalam kalangan penyokong United yang pada asalnya mahukan penyerang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Dortmund baru-baru ini mengesahkan Sancho akan kekal bersama kelab mereka sekurang-kurangnya pada musim ini. United pula, walaupun gagal menandatangani penyerang England berusia 20 tahun itu, masih berharap akan dapat melakukannya pada masa akan datang.

Jika Cavani lulus ujian perubatan dan kecergasan, aksi pertama Cavani sebagai pemain The Red Devils mungkin pada 20 Oktober nanti – menentang PSG dalam saingan kumpulan UEFA Champions League.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN